Dengar playlist penuh di sini
.
First date biasanya orang sibuk fikir macam-macam.
Nak pakai baju apa? Rambut okay tak? Nafas okey tak? Nak order makanan mahal sangat nanti nampak menunjuk pula. Nak order murah sangat, nanti dia fikir kedekut.
Pendek kata, sebelum jumpa lagi dah macam nak pergi temuduga jawatan tetap.
Tapi kadang-kadang, semua persiapan itu boleh jadi sia-sia hanya kerana satu perkara.
Bunyi makan.
Ya, bunyi kunyahan.
Bayangkan baru 15 minit duduk. Perbualan rancak, masing-masing senyum, chemistry pun macam ada. Dalam kepala dah mula terfikir, “Okey… boleh tahan orang ni.”
Lepas makanan sampai…
Dia mula makan.
Cap. Cap. Cap.
Senyuman kita masih ada.
Tapi dalam hati:
“Ya Allah… aku kena habiskan nasi ni dulu ke?”
Ada orang memang cukup sensitif dengan bunyi ketika seseorang makan. Bunyi mengunyah dengan mulut terbuka, bunyi menelan, sudu berlaga dengan pinggan atau bunyi menyeruput minuman boleh buat sesetengah orang rasa sangat terganggu.
Yang paling kelakar, orang yang makan itu mungkin tak sedar langsung.
Dia tengah menikmati makanan.
Kita pula tengah menikmati… ujian kesabaran.
Ada yang sampai hilang selera. Ada yang mula pandang jam. Ada yang tiba-tiba rasa kenyang walaupun baru makan tiga suap.
“Awak dah kenyang?”
“Ha’ah…”
Padahal nasi masih separuh pinggan.
“Kenyang dengan bunyi kau makan!”
Rasa terlalu terganggu dengan bunyi tertentu sebenarnya boleh berlaku dan sering dikaitkan dengan misophonia iaitu keadaan apabila bunyi tertentu mencetuskan reaksi emosi yang kuat.
Namun, bukan semua orang yang tak tahan bunyi mengunyah mengalami misophonia. Kadang-kadang memang soal keselesaan, tabiat atau adab ketika makan sahaja.
Dan sebenarnya, first date memang tempat kita nampak perkara-perkara kecil yang biasanya tak muncul dalam perbualan WhatsApp.
Cara dia makan. Cara dia bercakap dengan pekerja restoran. Cara dia layan orang lain. Cara dia berkongsi makanan.
Kadang-kadang benda kecil inilah yang buat kita terdetik,
“Eh, dia ni macam menariklah…”
Atau…
“Eh, dia ni macam menarik… tapi bunyi dia tu dah kenapa bang/sis?”
Persoalannya, kalau seseorang itu baik, kelakar, matang dan serasi dengan kita tetapi cara dia makan buat kita rasa nak tutup telinga… patutkah kita terus give up?
Atau bagi peluang kedua?
Sebab mungkin perkara kecil yang mengganggu pada first date sebenarnya boleh diperbaiki.
Tapi kalau setiap kali dia kunyah kita dah rasa nak bangun pergi tandas dan tak kembali…
Itu mungkin bukan red flag.
Itu dah bunyi alarm.
Lagipun, jodoh ni pelik.
Ada orang jatuh cinta sebab mata.
Ada sebab suara.
Ada sebab senyuman.
Dan mungkin ada juga yang hampir jatuh cinta…
tapi tersadung pada bunyi “cap cap cap”.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.