Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengspotlite_master

HYROX: Trend Lumba Fitness Buat Ramai “Ketagih” Berpeluh

Dia bagi satu rasa kepuasan yang lain macam, bukan sekadar kurus atau fit tapi rasa macam “aku berjaya lawan diri sendiri”.

Kalau dulu orang berlumba lari, sekarang ramai dah upgrade level. Mereka berlumba sambil angkat beban, tolak sled, buat burpee… dan semuanya dalam satu pertandingan. Inilah yang dipanggil HYROX , satu trend global yang semakin mendapat tempat, termasuk di Malaysia.

HYROX bukan sekadar workout biasa. Ia adalah perlumbaan kecergasan (fitness race) yang menggabungkan larian dan latihan total body workout dalam satu format yang standard di seluruh dunia. Maksudnya, sama ada kau berlumba di Kuala Lumpur, Dubai atau London format dia tetap sama. Tak ada shortcut.

Apa sebenarnya HYROX ni?

Secara asasnya, HYROX terdiri daripada:

  • 8 pusingan larian (1km setiap satu)
  • Diselang-seli dengan 8 jenis workout

Antara workout yang biasa ada:

  • SkiErg
  • Sled push & sled pull
  • Burpee broad jump
  • Rowing
  • Farmer’s carry
  • Lunges dengan beban
  • Wall balls

Nampak macam senarai gym biasa, tapi bila digabungkan dalam satu perlumbaan memang “menguji iman”.

Kenapa ramai tiba-tiba join?

Sebabnya adlaah atas sebab …challenge + fun + community

HYROX ni unik sebab:

  • Tak perlu jadi atlet profesional
  • Ada kategori ikut tahap (open, doubles, relay, pro)
  • Sesuai untuk lelaki & wanita
  • Boleh join solo atau dengan partner

Ramai orang mula dari nak cuba-cuba, lepas tu terus ketagih. Sebab dia bagi satu rasa kepuasan yang lain macam, bukan sekadar kurus atau fit tapi rasa macam “aku berjaya lawan diri sendiri”.

Total body workout yang real

Berbeza dengan gym biasa yang kadang fokus satu bahagian badan, HYROX paksa kau guna seluruh badan.

Hari ni leg day? Esok upper body?
HYROX: Nope. Hari ni semua sekali.

Larian uji stamina.
Workout uji kekuatan.
Transition antara dua-dua uji mental.

Dekat sinilah ramai sedar fitness bukan sekadar nampak sado atau slim tapi ketahanan fizikal dan mental.

Jangan pandang ringan (ramai “tewas” di tengah jalan)

Ramai ingat sebab nampak “fun”, boleh masuk tanpa persediaan. Realitinya, HYROX ni agak mencabar.

Antara cabaran utama:

  • Penat berlapis (cardio + strength)
  • Nafas tak sempat recover
  • Otot cepat “burn out”
  • Mental drop halfway

Sebab tu ramai peserta cakap, battle sebenar bukan dengan orang lain tapi dengan diri sendiri

Malaysia pun dah mula “panas”

Trend HYROX semakin berkembang di Malaysia. Komuniti fitness makin aktif, gym pun dah mula buat HYROX-style training.

Bukan setakat atlet, malah:

  • Office worker
  • Mak ayah muda
  • Beginner gym-goer

Semua nak cuba. Sebab dia bukan sekadar pertandingan tapi satu pengalaman.

Seksa tapi nak lagi

HYROX bukan untuk tunjuk siapa paling kuat.
Ia untuk uji sejauh mana kau boleh pergi… bila badan dah penat, tapi kau tetap push.

Kalau kau bosan dengan rutin gym yang sama, mungkin ini masa untuk cuba sesuatu yang lebih mencabar.

Cuma satu nasihat, nak masuk boleh… tapi jangan under-estimate.

Sebab sekali kau dah rasa, besar kemungkinan kau akan cakap, “Seksa… tapi nak lagi.”

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.