Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengsihat_master

Ingatkan Jongang Rupanya ‘Flare Teeth’, Ketahui Perbezaannya

Bila gigi nampak ke depan, ramai terus label “jongang”. Tapi dalam dunia pergigian, flare teeth sebenarnya berbeza dan ramai baru sedar.

Sekarang ni ramai makin peka tentang susunan gigi dan bentuk senyuman.

Bila tengok gigi nampak ke depan sikit, terus orang sebut..jongang.

Tapi dalam dunia pergigian, ada juga istilah lain yang ramai mula dengar sekarang iaitu flare teeth.

Masalahnya…

Ramai ingat flare teeth dan jongang itu benda yang sama.

Padahal sebenarnya ada perbezaan tertentu.

Apa Itu Flare Teeth?

Flare teeth biasanya merujuk kepada keadaan gigi depan yang condong atau “terkembang” ke arah depan.

Maksudnya…gigi itu sendiri lebih menolak keluar.

Kadang-kadang ia berlaku selepas braces.
Kadang sebab ruang gigi.
Kadang juga disebabkan tabiat tertentu atau susunan gigi asal.

Bila tengok dari sisi, gigi depan nampak lebih terjojol walaupun rahang mungkin normal.

Jongang Pula Selalunya Melibatkan Rahang

Istilah jongang yang orang biasa guna selalunya lebih merujuk kepada keseluruhan struktur mulut atau rahang yang nampak ke depan.

Dalam banyak kes, ia bukan sekadar posisi gigi semata-mata.

Kadang-kadang melibatkan:

  • bentuk rahang atas,
  • susunan tulang muka,
  • atau struktur gigitan.

Sebab itu ada orang yang walaupun giginya tak terlalu flare, wajah tetap nampak jongang bila dilihat dari tepi.

Nampak Sama Tapi Puncanya Boleh Berbeza

Inilah yang ramai tak sedar.

Dua-dua keadaan boleh menyebabkan gigi nampak ke depan.

Tapi punca sebenar mungkin berbeza:

  • satu lebih melibatkan posisi gigi,
  • satu lagi boleh melibatkan struktur rahang.

Sebab itu rawatan pun tak semestinya sama untuk semua orang.

Adakah Flare Teeth Bahaya?

Tidak semestinya.

Ada orang cuma mengalami flare teeth ringan dan langsung tak ganggu fungsi harian.

Tapi dalam sesetengah keadaan, ia boleh menyebabkan:

  • susah tutup mulut dengan selesa,
  • bibir nampak menonjol,
  • atau rasa kurang yakin bila senyum.
Rawatan Bergantung Pada Pemeriksaan Doktor Gigi

Ramai sekarang terus self-diagnose tengok TikTok .

Padahal keadaan gigi dan rahang perlukan pemeriksaan yang betul.

Ada kes yang boleh dibantu dengan:

  • braces,
  • aligner,
  • cabutan gigi tertentu,
  • atau rawatan ortodontik lain.

Dan ada juga kes yang sebenarnya tak perlukan rawatan pun kalau tidak mengganggu kesihatan atau keyakinan diri.

Jangan Terlalu Cepat Insecure

Media sosial sekarang memang buat ramai orang terlalu fokus pada perfect smile.

Sedikit tak simetri pun terus rasa malu.

Hakikatnya…
setiap orang memang ada bentuk gigi dan wajah berbeza.

Kalau rasa keadaan gigi mengganggu keselesaan atau keyakinan diri, dapatkan nasihat profesional.

Tapi jangan terlalu keras pada diri sendiri hanya sebab standard kecantikan internet.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.