Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengretro_master

Jom Throwback Pantang Larang Random 90-an Sambil Tahan Gelak

Orang dulu-dulu mereka guna cerita, ketakutan dan mitos kecil supaya budak-budak lebih berdisiplin, jaga adab dan belajar menghargai sesuatu.

Bebudak zaman 90-an membesar dengan pelbagai pantang larang pelik yang bila dikenang semula… memang lawak. Tak perlu bukti saintifik…asal orang tua cakap, terus ikut.

Jangan Menyabung

“Jangan menyabung kaki, nanti mak ayah mati awal.” Entah apa kaitan kaki bersilang dengan nyawa pun tak tahu, tapi setiap kali terbuat terus gelabah tarik kaki balik.

Rambut ‘ekor’

Ada pula mitos rambut “ekor” di belakang kepala. Kalau ada rambut kecil terjuntai dekat tengkuk, terus kena cap anak luar nikah. Kejamnya. Tapi ada yang diam-diam pegang tengkuk sendiri depan cermin sebab risau.

Dilarang asah pensel dua-dua hujung

Kalau asah pensel dua-dua hujung, katanya nasib malang atau jadi bodoh masa exam. Padahal budak-budak buat sebab rasa pensel tu nampak cool. Tapi lepas kena takutkan, terus tak berani buat lagi.

Jangan mengintai

Pernah juga dengar amaran jangan mengintai orang melalui lubang pintu atau celah dinding. Katanya nanti naik ketumbit. Sampai sekarang pun ada yang automatik elak mengintai sebab terngiang-ngiang amaran tu.

Tak boleh potong kuku waktu malam

Jangan potong kuku waktu malam, orang tua kata nanti miskin. Hakikatnya mungkin dulu pencahayaan tak terang, takut tangan terluka. Tapi budak-budak mana fikir semua tu… yang tahu cuma takut jadi miskin .

Jangan makan beralih tempat

Lagi satu yang legend… jangan makan beralih-alih tempat. Sekejap makan depan TV, lepas tu pindah ke dapur, kemudian ke ruang tamu. Kononnya nanti kahwin ramai. Masa kecil dulu terus duduk diam satu tempat sebab takut jadi collecter suami/isteri

Nasi menangis

Orang tua selalu pesan kena habiskan nasi dalam pinggan. Kalau tak, “nasi menangis”. Ayat tu cukup buat budak-budak rasa bersalah bila tinggal sebutir dua nasi. Sebenarnya mungkin itu cara orang dulu-dulu ajar kita menghargai rezeki.

Jodoh suapan akhir

Kalau tinggal suapan terakhir dalam pinggan, ramai berebut nak habiskan sebab katanya nanti dapat kahwin dengan lelaki atau perempuan beriman.

Gigit hujung kasut baharu

Ada juga petua pelik macam gigit hujung kasut baru supaya nanti pakai tak sakit kaki. Entah betul entah tidak tapi ramai juga buat tanpa malu.

Bahaya buka payung dalam rumah

Jangan buka payung dalam rumah nanti ular datang. Sampai sekarang rasa seram nak buka payung dalam rumah walaupun tahu mustahil tiba-tiba ular muncul.

Padah tertelan biji

Tertelan biji buah katanya pokok akan tumbuh dalam perut. Masa kecil dulu, boleh pula kita bayangkan ada pokok rambutan tumbuh keluar dari telinga.

Jangan keluar waktu maghrib

Waktu Maghrib, jangan keluar rumah nanti “kena sorok”. Tak pasti siapa yang suka menyorokkan budak-budak ni, tapi ayat itu cukup buat kita pecut masuk rumah bila azan Maghrib berkumandang.

Akibat makan leher ayam

Dulu budak-budak takut makan leher ayam sebab orang tua kata nanti masa bersanding kepala teleng. Entah macam mana leher ayam boleh dikaitkan dengan posisi kepala atas pelamin pun tak tahu tapi ramai yang terus tolak bahagian tu ke tepi pinggan

Walaupun kebanyakan pantang larang ini nampak lucu dan tak masuk akal, sebenarnya ada mesej tersirat di sebaliknya. Orang dulu-dulu mereka guna cerita, ketakutan dan mitos kecil supaya budak-budak lebih berdisiplin, jaga adab dan belajar menghargai sesuatu.

Cuma biasalah… cara penyampaian orang lama memang kreatif. Nak suruh anak jangan membazir nasi pun sampai nasi menangis dibuatnya

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.