Dengar playlist penuh di sini
.
Bila dengar perkataan bariatrik, ramai terus terbayang dan judge potong usus semata-mata nak kurus. Bunyi ekstrem, menakutkan, dan mudah mengundang salah faham. Hakikatnya, pembedahan bariatrik bukan jalan pintas kosmetik, dan bukan keputusan suka-suka. Ia dibuat atas nasihat doktor, selepas faktor kesihatan dinilai dengan serius.
Pembedahan bariatrik merupakan prosedur perubatan yang mengubah sistem pencernaan supaya pengambilan dan penyerapan makanan berkurang. Antara kaedah biasa ialah mengecilkan saiz perut atau mengubah laluan usus. Tujuannya bukan sekadar menurunkan berat badan, tetapi mengawal penyakit kronik berkaitan obesiti.
Kerana bagi sesetengah individu, obesiti bukan isu kuat atau tak bersenam semata-mata. Ia melibatkan hormon, metabolisme, genetik dan sejarah kesihatan. Doktor biasanya hanya mencadangkan bariatrik bila:
Soalan ini kerap muncul, dan ia valid. Jawapannya,kerana risiko tidak buat apa-apa lebih besar.
Obesiti kronik boleh memendekkan jangka hayat. Bila berat badan terlalu tinggi, organ dalaman bekerja lebih keras setiap hari. Bariatrik memberi peluang untuk:
Bagi ramai pesakit, ini bukan soal “nak cantik”, tapi nak terus hidup dengan sihat.
Satu lagi salah faham besar kononnya lepas bariatrik, semua jadi senang. Realitinya, hidup selepas pembedahan jauh lebih berdisiplin.
Pesakit perlu:
Ramai yang kata, bahagian paling susah bukan pembedahan, tetapi komitmen selepas prosedur.
Mungkin tidak.
Setiap orang ada perjuangan kesihatan yang kita tak nampak. Bila seseorang memilih bariatrik atas nasihat doktor, ia biasanya keputusan yang panjang prosesnya, berat risikonya, dan penuh pertimbangan.
Ini bukan tentang malas bersenam.
Ini bukan tentang tak jaga makan.
Ini tentang pilihan terakhir untuk kembali sihat.
Kadang-kadang, keberanian sebenar bukan terletak pada “tahan lapar”, tetapi pada keputusan sukar untuk sihat .
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.