Dengar playlist penuh di sini
.

Ramai wanita terkejut bila diberitahu mereka ada kencing manis hanya ketika mengandung. Sebelum ini sihat, tak pernah ada masalah gula dalam darah, tapi tiba-tiba masa pregnant doktor sahkan ada “gestational diabetes” atau diabetes ketika hamil. Lepas bersalin, gula kembali normal. Jadi… macam mana boleh jadi begitu?
Sebenarnya, keadaan ini agak biasa dan dikenali sebagai Gestational Diabetes Mellitus.
Semasa mengandung, badan wanita mengalami banyak perubahan hormon. Plasenta (uri) menghasilkan hormon yang membantu perkembangan bayi tapi dalam masa yang sama hormon ini juga boleh mengganggu fungsi insulin dalam badan. Insulin adalah hormon yang membantu mengawal paras gula dalam darah.
Bila hormon kehamilan ini menghalang insulin daripada berfungsi dengan baik, badan jadi kurang sensitif terhadap insulin dan keadaan ini dipanggil insulin resistance. Akibatnya, gula dalam darah meningkat walaupun sebelum ini tiada masalah.
Biasanya, tubuh akan cuba menghasilkan lebih banyak insulin untuk menampung keadaan ini. Tapi bagi sesetengah wanita, badan tak mampu “keep up”. Di situlah bermulanya kencing manis waktu mengandung.
Ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko:
Namun, penting untuk faham yang ada juga wanita sihat, kurus, aktif… tapi tetap kena. Jadi ini bukan semata-mata salah gaya hidup.
Kenapa keadaan ini perlu diambil serius?
Walaupun nampak sementara, kencing manis ketika mengandung boleh beri kesan kepada ibu dan bayi jika tidak dikawal. Antaranya bayi boleh jadi terlalu besar (macrosomia), risiko kelahiran secara pembedahan meningkat, dan bayi juga mungkin mengalami masalah gula rendah selepas lahir.
Untuk ibu pula, ada risiko lebih tinggi untuk mendapat Type 2 Diabetes pada masa akan datang jika tidak dijaga dengan baik.
Berita baiknya, kebanyakan kes boleh dikawal dengan pemakanan yang betul, kawalan gula dan pemantauan berkala. Ada juga yang perlu ambil insulin tapi itu semua untuk memastikan keselamatan ibu dan bayi.
Yang lebih menyentuh hati, ramai ibu melalui keadaan ini dalam diam. Mereka terpaksa jaga makan ketat, cucuk jari setiap hari untuk check gula, risau setiap kali keputusan bacaan tak cantik, semua demi seorang anak yang belum pun lahir.
Ini bukan mudah.
Jadi kalau kita kenal sesiapa yang sedang melalui fasa ini, jangan pandang ringan. Jangan cakap “alah, temporary je pun”. Sebab bagi mereka, setiap hari adalah usaha dan pengorbanan.
Akhirnya, walaupun kencing manis ini datang sementara, kesannya cukup besar untuk mengajar satu perkara iaitu betapa kuatnya seorang ibu, sanggup berjuang senyap-senyap demi anak yang dia sayang.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.