Dengar playlist penuh di sini
.

Pernah tak jadi macam ni?
Tengah sembang dengan seseorang, tiba-tiba dia menguap.
Kita tengok.
Kemudian…
Kita pun menguap.
Padahal lima saat sebelum itu, kita rasa segar.
Lepas kita menguap, orang sebelah pula menguap.
Kemudian orang belakang.
Lama-lama macam satu pejabat kena jangkitan menguap.
Yang peliknya, kadang-kadang baru baca perkataan “menguap” pun kita dah rasa mulut nak terbuka.
Jadi, kenapa sebenarnya menguap boleh “berjangkit”?
Fenomena ini dikenali sebagai contagious yawning iaitu apabila kita lebih cenderung menguap selepas melihat, mendengar atau kadang-kadang sekadar memikirkan orang lain yang menguap.
Dan ya, ia memang fenomena yang dikaji oleh penyelidik.
Salah satu penjelasan yang sering dikaitkan dengannya ialah hubungan antara menguap dengan kepekaan sosial dan empati.
Otak manusia memang sangat pandai meniru atau memberi respons kepada tingkah laku orang lain. Kita secara automatik membaca ekspresi, pergerakan dan keadaan orang di sekeliling.
Sebab itu apabila kita nampak seseorang menguap, otak mungkin memberi respons yang sama.
Macam otak kita berkata,
“Oh, dia menguap. Kita pun boleh join.”
Tetapi jangan salah faham.
Menguap berjangkit bukan bermaksud seseorang itu mesti sangat mengantuk.
Kita boleh menguap ketika penat, bosan, baru bangun tidur atau ketika melihat orang lain menguap.
Malah, penyelidikan mendapati fenomena ini boleh berbeza mengikut individu. Ada orang sangat mudah “terjangkit”.
Ada orang pula boleh tengok satu bilik penuh manusia menguap dan masih duduk dengan muka selamba.
Mungkin otaknya sudah kebal.
Menariknya, haiwan tertentu juga menunjukkan tingkah laku menguap yang berjangkit, terutama dalam beberapa spesies sosial.
Ini membuatkan penyelidik melihat kemungkinan bahawa menguap berjangkit mempunyai kaitan dengan tingkah laku sosial dan keupayaan memahami keadaan individu lain.
Namun begitu, saintis masih belum mempunyai satu jawapan muktamad tentang kenapa manusia menguap apabila melihat orang lain menguap.
Jadi kalau selepas membaca artikel ini tiba-tiba anda menguap…
Jangan salahkan kami.
Mungkin otak anda sedang bekerja.
Atau mungkin anda memang mengantuk.
Atau…
mungkin saya sendiri dah menguap masa tulis artikel ni…kihkihkih.
Apa pun, selepas ini kalau seorang kawan menguap dan anda turut menguap, jangan cepat tuduh dia membosankan.
Mungkin sebenarnya otak anda sedang berkata:
“Aku faham apa kau rasa.”
Dan kalau satu meja mula menguap serentak?
Tak perlu panik.
Itu bukan mesyuarat yang gagal.
Itu mungkin cuma contagious yawning sedang menjalankan tugasnya.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.