Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengsihat_master

Kenapa Malaysia Kena Hadap Jerebu Tiap-Tiap Tahun?

Punca utama bila jerebu jadi teruk, adalah asap rentas sempadan dari kebakaran hutan dan tanah gambut di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.

Anda rasa tak akhir akhir ni langit kita agak pelik. Warna dia macam berkabus, matahari pun nampak pudar walaupun tengahari terik. Tu bukan awan biasa tau, tu jerebu. Dan sebenarnya jerebu ni bukan benda baru, ia jadi cerita tahunan yang kita semua dah biasa dengar setiap kali sampai musim kemarau.

Jadi apa sebenarnya punca jerebu ni. Sebenarnya ada dua sumber utama. Pertama datang dari dalam negara sendiri, contohnya pembakaran terbuka, asap dari kilang, dan asap kenderaan yang kita guna setiap hari. Yang kedua, dan ni yang selalu jadi punca utama bila jerebu jadi teruk, adalah asap rentas sempadan dari kebakaran hutan dan tanah gambut di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia. Bila musim kemarau sampai di sana, banyak kawasan hutan dan ladang dibakar untuk buka tanah baru. Lepas tu angin monsun barat daya yang bertiup dari Mei sampai September tu bawa asap tersebut terus masuk ke Malaysia.

Sebab tu lah setiap tahun, lebih kurang waktu yang sama, kita hadap situasi yang sama juga. Bukan sebab Malaysia sendiri yang bakar merata rata, tapi sebab kita berada dalam laluan angin yang bawa asap dari negara jiran. Tambah pula kalau tahun tu cuaca lebih panas dan kering macam bila El Nino kuat, risiko kebakaran hutan pun makin tinggi, jadi jerebu pun makin teruk.

Nah, sekarang ni kita memang sedang lalui situasi tu. Bacaan indeks pencemaran udara di banyak kawasan dah naik, ada tempat dah masuk paras tak sihat. Sekolah kat sesetengah kawasan dah kena arah pindah pembelajaran ke dalam talian, ramai pun dinasihatkan kurangkan aktiviti luar terutamanya golongan berisiko macam kanak kanak, warga emas dan yang ada masalah pernafasan. Malaysia dan Indonesia pun sekarang sedang bekerjasama buat operasi benih awan untuk cuba turunkan hujan dan bantu bersihkan udara.

Jadi kalau anda tengah rasa mata pedih, tekak gatal, atau nampak langit berkabus akhir akhir ni, bukan perasaan anda je. Ini memang sedang berlaku serentak di banyak kawasan. Paling penting sekarang, jaga diri dulu. Pakai mask bila keluar, kurangkan aktiviti luar kalau boleh, minum air banyak, dan sentiasa semak bacaan indeks udara sebelum buat apa apa rancangan luar rumah. Jerebu ni bukan sesuatu yang kita boleh kawal sepenuhnya, tapi cara kita jaga kesihatan diri, tu yang kita boleh kawal.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.