Dengar playlist penuh di sini
.

Setiap kali raya, mesti ada satu tradisi yang tak pernah gagal muncul iaitu berita orang cedera sebab mercun. Jari putus, tangan melecur, muka luka. Kita baca sambil geleng kepala tapi dalam masa sama benda ni berulang setiap tahun.
Persoalannya..kenapa waktu raya je? Kenapa jarang sangat dengar kes masa Deepavali, Tahun Baru Cina atau Krismas?
Jawapan ni tak sedap, tapi kena telan ya?
Ini bukan sangat pasal mercun. Ini pasal cara kita guna mercun.
Dalam budaya kita, mercun memang sinonim dengan raya. Bunyi “boom boom” tu macam tanda wajib….lagi kuat, lagi hidup suasana. Dari kecil kita dah biasa dengar, nampak malah teruja nak cuba. Masalahnya, bila benda dah jadi kebiasaan, kita mula ambil ringan.
Yang bahaya bukan mercun tu semata-mata.
Yang bahaya bila mula jadi eksperimen sains tak bertauliah.
Ada yang baling mercun.
Ada yang pegang sampai saat akhir sebab nak rasa “thrill”.
Ada yang ubah suai, sambung-sambung, konon nak tengok mana lagi kuat.
Akhirnya… bukan mercun yang meletup tapi masa depan sendiri yang terkesan.
Kalau kita perhati perayaan lain, penggunaan bunga api lebih kepada visual. Kelihatan cantik di langit, tengok dari jauh, ramai-ramai. Jarang kita dengar orang pegang bunga api macam nak uji keberanian tahap dewa.
Satu lagi faktor besar adalah akses.
Walaupun banyak mercun sebenarnya tak sah, tapi kita semua tahu… bila raya je, “supply” macam muncul entah dari mana. Senang dapat, murah pula tu. Bila benda bahaya jadi mudah capai, ditambah dengan mindset “alah, sekali sekala”… memang tunggu masa je nak jadi kes.
Dan jujurnya, banyak kes melibatkan budak-budak dan remaja. Main tanpa pengawasan atau kadang orang dewasa sendiri yang jadi contoh tak baik. Kita marah budak tapi kita sendiri yang tunjuk cara salah.
Yang paling kelakar atau menyedihkan, setiap kali ada kes, mesti keluar ayat:
“Dah tahu bahaya, kenapa buat lagi?”
Hakikatnya, kita tahu… tapi kita tetap buat.
Sebab rasa takkan jadi pada diri sendiri.
Ini bukan isu bangsa untuk kita rasa malu semata-mata. Ini isu sikap. Tapi kalau setiap tahun cerita sama berulang, memang tak pelik kalau orang luar pun mula pandang serong.
Jadi, masih nak salahkan mercun? Boleh… tapi tak habis di situ.
Yang lebih penting adalah kita kena ubah cara fikir.
Mercun tak salah.
Teruja nak sambut raya pun tak salah.
Tapi bila teruja tanpa akal,
itulah yang jadi masalah.
Akhirnya, raya sepatutnya bawa kegembiraan.
Jangan sampai sebab beberapa saat nak “show off berani”,
kita tanggung kesan seumur hidup.
Pedas tapi realitinya adalah….
Kadang bukan mercun yang bahaya…
kita yang terlalu yakin diri takkan kena.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.