Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengspotlite_master

Kes Pengasas MANGO Maut Jadi Telenovela Dunia Sebenar

Apa yang pada awalnya disangka kemalangan biasa sewaktu hiking kini bertukar menjadi kes yang menggemparkan Sepanyol.
Pengasas empayar MANGO maut ketika hiking, anak lelaki kini jadi tumpuan siasatan sebagai suspek utama

Okeyy geng..siapa pernah beli baju kat MANGO? Kalau tak beli pun, siapa pernah masuk? Kalau tak pun paling kurang lalu depan butik MANGO dekat mall kan? Kedai fesyen yang hampir setiap mall besar mesti ada. Tapi dekat Sepanyol sekarang, nama MANGO bukan tengah trending sebab koleksi baru… tapi sebab satu kes yang memang bunyi macam jalan cerita telenovela. Dan seperti drama bersiri, makin disiasat, makin banyak persoalan mula timbul.

Kisah ni melibatkan pengasas bilionair MANGO, Isak Andic yang meninggal dunia selepas terjatuh ketika aktiviti hiking. Pada awalnya, kejadian itu dianggap sebagai kemalangan biasa. Dan individu yang membuat panggilan kepada pasukan penyelamat serta laporan polis ialah anak sulungnya sendiri, Jonathan Andic. Dia mendakwa bapanya tergelincir dan jatuh secara tidak sengaja ketika mereka sedang mendaki bersama.

Tapi bila melibatkan antara individu paling kaya di Sepanyol, mestilah pihak berkuasa tak berhenti setakat laporan awal saja. Polis mula jalankan siasatan lebih mendalam termasuk meneliti kesan tapak kaki, keadaan kawasan dan bukti forensik lain. Kes yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kemalangan akhirnya dibuka semula sebagai kemungkinan kes jenayah selepas timbul beberapa persoalan.

Antara perkara yang menarik perhatian penyiasat adalah kawasan hiking itu dikatakan bukan kawasan berbahaya dan sering dikunjungi orang ramai termasuk pelajar sekolah. Selain itu, kenyataan Jonathan didakwa berubah-ubah. Ada ketika dia mengatakan berjalan di depan bapanya, kemudian ada pula keterangan lain yang berbeza. Penyiasat juga mendapati Jonathan pernah mengunjungi lokasi tersebut beberapa kali sebelum kejadian, sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan.

Buat masa sekarang, Jonathan dilaporkan dibebaskan dengan ikat jamin dan keluarganya menegaskan mereka yakin dia tidak bersalah. Kes ini masih dalam siasatan dan belum ada keputusan muktamad daripada mahkamah.

Dan mungkin pengajaran dekat sini… kadang-kadang kita kenal sesuatu jenama hanya pada logo, pakaian dan kedai yang kita masuk. Tapi di sebalik sesebuah empayar besar, ada juga kisah manusia, konflik dan drama yang kita tak pernah sangka.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.