Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengretro_master

Komputer Dulu Sebesar Bilik, Kini Muat Dalam Poket Kita

Bayangkan komputer pertama dunia beratnya 27 tan dan memenuhi keseluruhan sebuah bilik. Itulah titik mula revolusi teknologi terbesar manusia.

Bayangkan komputer pertama dunia beratnya 27 tan dan memenuhi keseluruhan sebuah bilik. Itulah titik mula revolusi teknologi terbesar manusia.

Kalau kita fikir balik, komputer yang kita pegang setiap hari ini sebenarnya hasil daripada perjalanan panjang yang bermula berdekad-dekad lamanya. Dari mesin yang memerlukan seluruh bangunan untuk berfungsi, hinggalah ke peranti nipis yang muat dalam beg sekolah, evolusi komputer adalah salah satu kisah kejayaan manusia yang paling mengagumkan dalam sejarah moden.

Dari Bilik Besar ke Meja Tulis

Komputer pertama yang diiktiraf secara rasmi ialah ENIAC (Electronic Numerical Integrator and Computer), dicipta pada tahun 1945. Beratnya mencecah 27 tan, menggunakan lebih 17,000 tiub vakum, dan memerlukan tenaga elektrik yang sangat besar hanya untuk dikendali. Ia bukan untuk kegunaan individu dan hanya kerajaan serta institusi besar sahaja yang mampu menggunakannya. Namun di situlah bermulanya segalanya.

Memasuki era 1970-an, transistor menggantikan tiub vakum, menjadikan komputer lebih kecil, lebih pantas dan lebih menjimatkan tenaga. Kemudian pada tahun 1984, Apple melancarkan Macintosh, iaitu komputer pertama yang menggunakan tetikus dan antara muka grafik yang mudah difahami orang ramai. Ini adalah titik perubahan besar, di mana komputer mula bergerak dari pejabat besar ke meja rumah biasa.

Zaman PC dan Windows

Generasi kita membesar dengan komputer meja berwarna krim atau kelabu, yang bunyi loading-nya sahaja sudah cukup untuk mencuci telinga. Floppy disk, CD-ROM, dan bunyi dial-up internet adalah antara kenangan paling ikonik bagi anak-anak 90-an Malaysia. Siapa yang tidak ingat duduk berjam-jam depan skrin tebal itu semata-mata untuk main Solitaire atau menaip assignment last minit?

Microsoft pula memperkenalkan Windows yang menjadikan komputer semakin mesra pengguna. Tidak lama kemudian, laptop mula menggantikan komputer meja, lebih mudah dibawa, lebih ringan dan lebih bergaya.

Dari Laptop ke Tapak Tangan

Kini, komputer bukan lagi hanya berbentuk kotak besar atau mesin lipat. Telefon pintar yang kita genggam setiap hari sebenarnya lebih berkuasa dari komputer NASA yang pernah membawa manusia ke bulan pada tahun 1969. Tablet, smartwatch dan kini kecerdasan buatan (AI) semuanya adalah anak cucu kepada mesin besar berusia puluhan tahun itu.

Perjalanan komputer dari bilik besar ke poket kita mengambil masa kira-kira 80 tahun sahaja. Dan dalam tempoh itu, dunia berubah selama-lamanya. Oleh itu,jika anda rasa komputer anda serasa begitu berat dan tidak senipis buku,ingatlah bahawa komputer generasi pertama jauh lagi besar dan silap-silap lagi besar daripada saiz peti sejuk anda.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.