Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengapasaja_master

Laila & Majnun: Cinta Yang Tak Pernah Bersatu Di Dunia

Bapa Laila rasa, "Budak ni dah tak stabil, macam mana nak serahkan anak aku kat dia?" Jadi dia terus tolak lamaran Majnun.

Ini kisah pasal dua orang, dari padang pasir Arab suatu ketika dahulu. Kisah yang dah beratus tahun umurnya, tapi setiap kali diceritakan balik, rasa macam baru je berlaku semalam. Sedih, tapi kisahnya sangat indah.

Nama budak lelaki tu Qais. Anak pembesar kaum, bijak, lembut hati, jenis yang suka termenung panjang. Budak perempuan tu Laila, cantik, tenang, bijaksana, jenis yang bila dia senyum, orang sekeliling pun rasa tenang. Diorang jumpa masa kecik-kecik, belajar sama-sama, main sama-sama, gembala kambing sama-sama kat padang. Macam biasa zaman kanak-kanak, hubungan yang mula dengan gelak ketawa simple je, tak sedar bertukar menjadi rasa cinta dan sayang.

Lama-lama, semua orang perasan. Qais ni dah tak boleh nak fikir pasal apa-apa selain Laila. Dia mula tulis puisi, bukan puisi biasa, tapi puisi yang sebut nama Laila berulang-ulang kali, sampai orang kampung pun hafal. Dan sebab tu la orang mula panggil dia “Majnun” maksudnya, “yang gila”. Bukan gila dalam erti sakit jiwa, tapi gila cinta. Jenis cinta yang dah luar kawalan akal, yang dah jadi sebahagian daripada nafas dia.

Sekarang masuklah part sedih, bapa Laila tak berapa berkenan dengan Qais, yelah kalau ikut logic, tabiat Qais yang suka berjalan sorang-sorang kat padang pasir, cakap dengan angin, tulis nama Laila kat pasir dengan jari sampai berdarah. Bapa Laila rasa, “budak ni dah tak stabil, macam mana nak serahkan anak aku kat dia?” Jadi dia terus tolak lamaran Majnun. Dan lebih teruk, dia kahwinkan Laila dengan orang lain, seorang saudagar yang lebih “sekufu” pada mata masyarakat.

Cuba bayangkan perasaan Majnun masa tu. Bukan setakat patah hati, dunia dia runtuh. Dia tinggalkan keluarga, tinggalkan rumah, dan pergi merayau ke padang pasir tanpa hala tuju. Orang jumpa dia duduk dengan haiwan liar, cakap dengan batu, nyanyi lagu untuk Laila. Ibu bapa dia cuba bawa dia balik, doktor cuba rawat, tapi hati yang patah macam ni… memang tak ada ubat dah.

Yang buat cerita ni lagi menyentuh hati, Laila tak bahagia pon lepas kahwin. Dia terpaksa hidup dengan suami yang dia tak cintai, dia juga merindui Majnun, sorang lelaki yang kini macam betul tak betul je , merayau di padang pasir sebab dia. Bayangkan beban yang dia kena tanggung, kena jaga imej keluarga, kena jadi isteri yang “baik”, sedangkan dalam diam, dia tulis surat dan balas puisi untuk Majnun, walaupun dia tahu mereka tak boleh bersama.

Ada satu babak yang paling menyentuh hati dan sedih pada masa sama, bila Majnun, dalam keadaan dia yang “gila” tu, jumpa Laila sekali sekala secara curi-curi. Tapi bukannya diorang berpelukan macam dalam cerita cinta zaman sekarang tu. Diorang duduk jauh sikit dari satu sama lain, bercakap pasal cinta, pasal Tuhan, pasal erti kesabaran.

Lama menanggung kesedihan, Laila akhirnya meninggal dunia, sebahagian riwayat kata sebab sedih yang berpanjangan. Bila Majnun dengar berita tu, dia terus pergi ke kubur Laila, dan tak lama lepas tu, dia pun meninggal di situ jugak, dalam keadaan memeluk tanah kubur kekasihnya. Mereka akhirnya “bersatu” tapi bukan dalam dunia ni.

Kisah ni bukan sekadar cerita cinta yang gagal sebab halangan keluarga. Ramai sarjana dan penyair termasuk tokoh suf anggap kisah Laila-Majnun ni sebagai metafora cinta seorang hamba kepada Tuhan. Cinta Majnun yang “gila” tu digambarkan sebagai cinta yang suci, cinta yang tak minta balasan, cinta yang sanggup hancurkan diri sendiri semata-mata sebab nak dekat dengan yang dicintai.

Mungkin sebab itulah kisah ni masih relevan sampai sekarang, walaupun dah beratus tahun berlalu. Sebab setiap orang, pada satu titik dalam hidup, pernah rasa sikit dari apa yang Majnun rasa, cinta yang dalam sangat sampai diri sendiri pun tak faham macam mana nak uruskannya.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.