Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengsihat_master

Ligatnya Dato’ Siti, Betul Ke Kalau Nak Sihat, Kena Kaya?

Duit boleh memudahkan banyak perkara. Bila ada duit, kita boleh membeli masa, mendapatkan bantuan pakar...

Tengok Tokti sekarang, memang kagum. Umur dah 47 tahun, tapi masih aktif menyanyi, buat persembahan berjam-jam dan berkongsi rutin senaman dengan peminat. Awal tahun ini, Tokti sendiri menasihatkan wanita berusia 40 tahun ke atas supaya melakukan latihan beban selain senaman kardio untuk menjaga kesihatan tulang.

Tapi bila tengok kehidupan wanita biasa, terutamanya mak-mak yang duduk di kampung, timbul pula satu persoalan. Betul ke kalau nak kekal sihat, kita kena ada duit? Yelah, nak bangun lepas duduk pon ambil masa, sakit pinggang lah katakan. Lutut pon tak nak kalah nak bergoyang, inikan pulak nak goyang atas petas macam Tokti.

Bukan nak membandingkan siapa lebih kuat atau siapa lebih pandai menjaga badan. Cuma realiti kehidupan setiap orang memang berbeza.

Tokti ada kerjaya yang membolehkan beliau mendapatkan bantuan profesional untuk menjaga kesihatan dan kecergasan. Orang yang berkemampuan macam Tokti juga boleh bayar jurulatih peribadi, pergi gim, beli makanan sihat, suplemen dan mendapatkan rawatan apabila perlu dengan segera.

Tapi yang kurang berkemampuuan, pagi dah bangun memasak, mengemas rumah, urus anak-anak, pergi kerja dan balik sambung kerja rumah. Nak berjalan kaki pun kadang-kadang tak sempat. Nak tidur cukup pun belum tentu.

Belum cerita soal makanan. Makanan sihat bukan semestinya mahal, tetapi nak merancang pemakanan yang seimbang memerlukan masa, pengetahuan dan kadangkala kos yang bukan sedikit. kadang-kadang tu, tahan sakit berbulan-bulan sementara nak kumpul duo

Namun, tak bermakna orang kaya sahaja boleh sihat. Berjalan kaki, melakukan senaman ringan di rumah, mengurangkan minuman manis dan menjaga waktu tidur pun boleh membantu. Tak semestinya perlu ke gim atau membeli produk kesihatan yang mahal.

Cuma kita kena akui, duit boleh memudahkan banyak perkara. Bila ada duit, kita boleh membeli masa, mendapatkan bantuan dan memberi lebih perhatian kepada diri sendiri.

Sebab itu, jangan terlalu cepat menghakimi seseorang yang nampak kurang cergas. Kita tak tahu berapa banyak tanggungjawab yang sedang dipikulnya setiap hari.

Jadi, betul ke kalau nak sihat sekarang kena kaya? Atau sebenarnya kita semua tahu cara nak sihat, cuma tak semua orang mempunyai masa, tenaga dan kemampuan yang sama?

Apa pendapat korang?

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.