Dengar playlist penuh di sini
.

Setiap kali naik kapal terbang, kita pasti terima arahan untuk aktifkan airplane mode pada telefon. Tapi pernah tak anda tertanya-tanya, apa sebenarnya yang berlaku kalau kita terlupa tekan butang tu? Jangan risau, kapal terbang takkan goyang, juruterbang pun takkan menjerit dari kokpit dan paling penting… telefon anda takkan buat pesawat meletup.
Airplane mode tu apa sebenarnya?
Airplane mode ialah tetapan yang mematikan fungsi cellular, Wi-Fi, dan bluetooth telefon anda. Tujuannya? Supaya telefon tak hantar atau terima isyarat yang mungkin mengganggu sistem komunikasi pesawat. Walaupun risiko sebenar gangguan ni rendah, langkah ini tetap dianggap sistem perlindungan dalam dunia penerbangan.
Kalau lupa tekan…
Bawa bertenang. Kesan paling besar biasanya hanyalah:
Kenapa masih perlu patuh arahan?
Walaupun risiko telefon “merosakkan pesawat” hampir tiada, patuhi arahan tetap penting. Kalau hanya satu telefon yang tidak aktifkan airplane mode, insha-Allah okay lagi. Tapi bayangkan kalau dua ratus telefon tidak mematuhi arahan, bunyi ‘buzzzzz‘ yang menyakitkan telinga akan kedengaran dalam headset juruterbang. Lebih kurang samalah macam bunyi telefon dekat speaker yang anda pernah dengar. Jadi itu sebabnya airplane mode wujud supaya juruterbang boleh dengar jelas dan terbangkan pesawat dengan selamat.
Jangan panik ye
Jadi kalau anda lupa tekan airplane mode jangan panik. Pengaktifan airplane mode digalakkan untuk keselamatan dan ketenangan minda,
Dan sebenarnya airplane mode bukan sahaja berguna masa naik kapal terbang. Anda juga boleh gunakan untuk menjimatkan bateri atau elak gangguan mesej dan panggilan apabila mahu fokus atau tidur. Jadi, next time bila naik kapal terbang, tekan butang itu dan terus nikmati penerbangan tanpa drama.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.