Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengsihat_master

Masih Digoda Juadah Raya Yang ‘Gula Semuanya’? Ikut Tip Ini

Pengambilan fiber sebelum menikmati hidangan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama dan memperlahankan proses penyerapan gula dalam badan.

Dah masuk minggu kedua bulan Syawal. Jujur sikit, berapa balang kuih dah habis? Berapa kali refill air manis tanpa fikir panjang?

Kalau awal raya dulu kita kata, “Tak apa lah, raya setahun sekali…”
Sekarang badan dah mula bagi signal. Rasa berat, cepat mengantuk, perut pun makin senyap-senyap membesar.

Masalahnya, walaupun raya dah lebih seminggu, juadah manis masih penuh atas meja. Kuih raya masih ada, air manis masih dihidang, jemputan rumah terbuka pun belum habis. Godaan tu belum reda.

Hakikatnya, kebanyakan juadah raya memang tinggi gula, karbohidrat ringkas dan kalori. Bezanya sekarang ini bukan lagi “cheat day”… ini dah jadi “cheat week”

Jadi, kalau nak terus makan tanpa kawalan, memang badan yang akan bayar harga.

Tapi berita baiknya, masih belum terlambat untuk kawal balik.

Salah satu cara paling mudah dan praktikal ialah dengan makan fiber dahulu sebelum sentuh apa-apa juadah raya.

Nampak simple tapi ramai tak buat.

Bila kita ambil fiber dulu contohnya buah, sayur, oat atau roti bijirin penuh, perut akan rasa kenyang lebih cepat dan lebih lama. Dalam masa yang sama, penyerapan gula dalam badan jadi lebih perlahan.

Maksudnya?
Bila nampak tart nenas, kek lapis atau air sirap… kita tak hilang kawalan macam hari pertama raya dulu.

Sekurang-kurangnya, kita masih boleh fikir:
Okay, ambil satu cukup lah.”

Bukan satu jadi lima.

Kalau nak lebih praktikal, sebelum pergi rumah terbuka atau ziarah, cuba makan dulu sesuatu yang tinggi fiber. Tak perlu heavy. Sebiji epal, sedikit oat atau salad ringkas pun dah cukup.

Jangan datang dengan perut kosong.

Sebab bila lapar, semua benda nampak sedap.
Disiplin pun hilang.

Selain tu, kena jujur dengan diri sendiri. Kita dah masuk minggu kedua raya. Takkan setiap rumah masih nak makan macam hari pertama?

Raya bukan alasan untuk makan tanpa henti selama dua minggu.

Ambil sikit, rasa, hargai…cukup. Tak perlu ulang tambah berkali-kali.

Dalam masa sama, cuba ubah mindset.
Sekarang bukan lagi fasa “nikmati tanpa fikir”, tapi fasa “kawal sebelum terlambat”.

Sebab kesannya bukan terus nampak hari ini… tapi akan terasa lepas raya nanti.

Baju mula ketat.
Badan cepat penat.
Gula dalam badan pun mungkin dah naik tanpa kita sedar.

Jadi walaupun juadah raya masih “gula semuanya”, kita masih ada pilihan untuk kawal diri. Jangan tunggu habis raya baru nak menyesal.

Mulakan dengan langkah kecil ya? Makan fiber dulu.

Nampak remeh tapi inilah beza antara nikmati raya dengan bijak… atau sekadar ikut nafsu sampai badan protes lepas ni.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.