Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengapasaja_master

Menopaus: Bila “Period Off Duty”, Bukan Bermakna Hidup Tamat

Penting nak faham bahawa menopaus bukan penyakit tapi proses semula jadi. Macam rambut beruban, takkan nak marah rambut sendiri kan?
ai generated, woman, menopause, relax, enjoyment of life, soul, quiet, enjoy, meditation, yoga, balance, peace, meditate, wellness, spiritual, herbs, tea

Menopaus ni sebenarnya bukan “ending scene” untuk wanita. Ia cuma satu fasa semula jadi seolah-olah badan tengah cakap, “Okay, dah cukup dah bab reproduktif, kita move on.”

Secara ringkas, menopaus berlaku bila haid berhenti sepenuhnya selama 12 bulan berturut-turut. Biasanya sekitar umur 45 hingga 55 tahun, dengan majoriti wanita masuk fasa ni awal 50-an. Tapi macam biasa badan manusia ni bukan mesin, jadi timing dia boleh awal atau lambat sikit.

Sebelum “shutdown”, akan ada fasa drama dulu

Sebelum menopaus betul-betul berlaku, wanita akan lalui satu fasa yang dipanggil perimenopause. Ini fasa transition di mana hormon estrogen mula turun naik macam line internet tak stabil.

Antara simptom yang biasa berlaku:

  • Haid jadi tak menentu (kejap ada, kejap hilang macam crush lama)
  • Rasa panas tiba-tiba (hot flashes). Tengah duduk elok tiba-tiba rasa macam sauna
  • Berpeluh waktu malam
  • Susah tidur
  • Emosi roller coaster, cepat marah, cepat sedih
  • Kekeringan faraj
  • Cepat penat, tenaga macam “low battery”

Ada orang lalui fasa ni dengan tenang je. Ada juga yang rasa agak mencabar sampai ganggu rutin harian. Dua-dua normal.

Apa jadi dekat badan sebenarnya?

Bila hormon estrogen menurun, badan akan mula adjust dan kesannya bukan sekadar fizikal.

Antara perubahan yang boleh berlaku:

  • Risiko osteoporosis (tulang jadi lebih rapuh)
  • Risiko penyakit jantung meningkat
  • Berat badan senang naik walaupun makan macam biasa
  • Kulit dan rambut mula hilang keanjalan

Tapi penting nak faham bahawa menopause bukan penyakit. Ia proses semula jadi. Macam rambut beruban, takkan nak marah rambut sendiri kan?

Dengan gaya hidup sihat (makan elok, bersenam, check kesihatan), wanita masih boleh hidup aktif dan berkualiti.

“Kalau haid datang lambat dulu, menopause pun lambat ke?”

Ini soalan popular. Jawapannya adalah tak semestinya.

Umur mula datang haid tak terus menentukan bila menopauseakan berlaku. Antara faktor yang lebih memainkan peranan:

  • Genetik (mak atau nenek menopaus umur berapa)
  • Gaya hidup (merokok, diet, aktiviti fizikal)
  • Tahap kesihatan
  • Rawatan tertentu (contoh: kemoterapi)

Maknanya, setiap wanita ada “jam badan” masing-masing. Tak boleh compare 100%.

Tak perlu takut, hanya perlu faham

Menopauseni bukan sesuatu yang perlu ditakuti, tapi perlu difahami.

Ya, badan akan berubah. Ya, ada simptom yang tak selesa. Tapi ini semua sebahagian daripada perjalanan hidup seorang wanita.

Yang penting:

  • Kenali perubahan badan sendiri
  • Jangan malu untuk tanya atau jumpa doktor
  • Dapatkan sokongan pasangan & keluarga

Apa-apa pun, menopaus bukan “penamat”.
Ia cuma bab baru dalam hidup dan bab ni pun boleh jadi baik, kalau kita faham apa yang sedang berlaku.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.