Dengar playlist penuh di sini
.
Semangat nak sambut kemerdekaan tu memang tak boleh dinafikan. Anda nampak sendiri kan, ada yang dah sampai dari tengahari untuk acara esok pagi, ada yang sanggup pacak khemah semata mata nak cop tempat paling depan. Bawa bantal, bawa air, bawa family sekali, semua untuk satu tujuan, nak dapat pandangan terbaik bila perbarisan dan acara utama berlangsung. Kalau tengok dari luar, memang sedap mata memandang, nampak macam rakyat betul-betul patriotik dan sayangkan negara sendiri.
Tapi bila malam makin lewat dan orang makin ramai berpusu-pusu datang, situasi mula berubah. Ada yang datang lambat, tapi still nak dapat tempat depan juga. Jadi ada yang cuba melompat pagar, ada yang cuba potong barisan yang orang lain dah beratur dari lama. Bila benda ni jadi, mula la timbul pertengkaran. Suara mula meninggi, kekecohan pun terjadi, sampai pihak polis kena turun padang untuk redakan keadaan. Yang sepatutnya jadi malam penuh semangat kekitaan, jadi bertukar jadi malam yang penuh tekanan.
Ni yang buat ramai rasa sedih sikit. Sebab bukan senang nak tengok, satu pihak dah beratur lama, sanggup berjaga malam, tapi last last kena tolak ke tepi oleh orang yang baru sampai tapi nak potong line. Bukan salah nak datang lambat, tapi bila dah potong barisan dan buat kecoh sampai kena tenangkan oleh polis, tu dah lain cerita.
Yang paling buat kita fikir panjang adalah, ramai anak anak kecil turut berada di situ bersama keluarga masing masing. Depan mata mereka, mereka nampak orang dewasa bertengkar, bersorong sorong, dan tak sabar untuk tunggu giliran. Padahal hari tu sepatutnya kita nak tunjuk semangat perpaduan dan hormat menghormati sesama rakyat. Kalau benda camni jadi kebiasaan, apa yang kita sebenarnya sedang ajar kepada generasi akan datang. Sebab mereka yang tengok hari ini, mereka jugak yang akan besar dan pegang tampuk kepimpinan negara suatu hari nanti.
Jadi bila anda keluar sambut kemerdekaan lain kali, jom kita ingatkan diri sendiri, semangat merdeka bukan sekadar pasal siapa dapat tempat paling depan. Ia pasal macam mana kita layan sesama rakyat, macam mana kita sabar dan hormat orang lain walaupun dalam keadaan sesak dan penat. Sebab cara kita berkelakuan hari ini, itu jugak contoh yang kita tinggalkan untuk anak anak kita nanti.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.