Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengfamili_master

Parenting Sekarang: Anak Tak Boleh Disentuh, Terlalu Manja?

Parent dari generasi millenial sekarang ni tak mahu ulang trauma yang mereka sendiri alami, kena sebat dengan hanger.

“Budak sekarang lembik.”
“Tak boleh kena marah sikit, terus down.”
“Zaman dulu kena cubit, kena rotan, tetap jadi orang.”

Ayat-ayat ini memang tak asing, Ia kerap keluar bila orang bandingkan parenting sekarang dengan cara mendidik anak zaman dulu. Persoalannya, betul ke parenting hari ini membuatkan anak tak boleh disentuh, terlalu manja, dan tak sekuat generasi terdahulu?

Hakikatnya, cara mendidik anak hari ini memang banyak berubah. Ramai ibu bapa takut untuk meninggikan suara, apatah lagi menyentuh secara fizikal. Semua perlu lembut, berlapik, dan penuh empati. Anak diminta faham perasaan sendiri, diberi pilihan, dan jarang dikenakan hukuman keras. Semua ini sebab ibu bapa especially parent dari generasi millenial sekarang ni tak mahu ulang trauma yang mereka sendiri alami, kena sebat dengan hanger, getah paip, kena tengking dan macam-macam lagilah.

Namun, masalah mula timbul apabila “lembut” disalah tafsir sebagai “bebas tanpa batas”. Ada anak yang langsung tidak biasa ditegur, tidak tahan ditekan, dan mudah kecewa bila dunia tidak ikut kehendak mereka. Sedikit cabaran dianggap tekanan, sedikit kritikan dianggap serangan peribadi. Dari sini lahir tanggapan bahawa anak zaman sekarang terlalu manja dan rapuh.

Berbeza dengan anak zaman dulu. Mereka dibesarkan dalam suasana yang lebih keras, dimarahi, dihukum, disuruh berdikari sejak kecil. Jatuh, bangun sendiri. Menangis, disuruh diam. Hasilnya, ramai yang kelihatan lebih kuat, tahan lasak, dan tidak terlalu bergantung emosi kepada orang lain. Tetapi kekuatan itu sering datang bersama sisi lain yang jarang dibincangkan: sukar meluahkan perasaan, mudah memendam, dan tidak pandai meminta pertolongan.

Isunya bukan sama ada anak boleh disentuh atau tidak, tetapi bagaimana disiplin itu disampaikan. Sentuhan yang mendidik berbeza dengan sentuhan yang melepaskan marah. Teguran yang tegas berbeza dengan herdikan yang menjatuhkan maruah. Anak tidak rosak kerana dimarahi, tetapi mereka boleh terluka jika tidak pernah difahami.

Anak hari ini sebenarnya berdepan dunia yang jauh lebih mencabar. Tekanan akademik, media sosial, perbandingan hidup, dan jangkaan yang tinggi membuatkan mereka terdedah kepada beban mental sejak kecil. Jadi bila mereka dilihat ‘lemah’, mungkin itu bukan kerana terlalu dimanjakan, tetapi kerana beban yang mereka tanggung berbeza.

Kesimpulannya, parenting sekarang bukan punca sebenar anak jadi manja atau tidak kuat. Yang bermasalah ialah parenting tanpa keseimbangan. Anak perlukan empati, tetapi juga perlukan batas. Perlukan difahami, tetapi juga perlu diajar untuk bertahan. Kuat bukan bermaksud tidak menangis,kuat ialah mampu jatuh, bangun, dan belajar mengurus emosi sendiri. Dan itu hanya boleh dibentuk apabila lembut dan tegas berjalan seiring.

Movie gif. Freddie Highmore as Peter in Finding Neverland looks up at someone with teary eyes, trying to keep his lips tight so he won’t cry, but he can’t help but frown.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.