Dengar playlist penuh di sini
.

Pada September 2001, seorang lelaki bernama Major Charles Ingram duduk di kerusi panas rancangan kuiz terkenal Britain, Who Wants to Be a Millionaire?
Di hadapannya ada 15 soalan. Di hujung permainan pula menanti hadiah lumayan £1 juta.
Apa yang berlaku malam itu kemudiannya menjadi antara skandal rancangan permainan paling terkenal dalam sejarah sebab…..
Charles Ingram bukan sekadar berjaya memenangi permainan.
Dia dituduh menipu untuk mendapatkannya.
Dan cara dia melakukannya?
Hanya dengan mendengar bunyi seseorang batuk.
Pada mulanya, Ingram langsung tidak kelihatan seperti calon yang bakal membawa pulang hadiah utama.
Dia hanya berjaya mencapai £4,000 sebelum menggunakan dua talian bantuan dan berhenti.
Namun apabila kembali bermain, sesuatu yang pelik mula berlaku.
Soalan demi soalan berjaya dijawab.
Yang membuatkan penerbit curiga ialah cara Ingram memilih jawapan. Dia kadangkala menyebut beberapa pilihan dengan kuat, seolah-olah tidak pasti.
Kemudian, selepas bunyi batuk kedengaran, dia akan memilih jawapan tertentu.
Salah seorang yang berada di studio ketika itu ialah Tecwen Whittock, seorang pensyarah kolej.
Menurut pihak pendakwaan, Whittock dikatakan menggunakan batuk sebagai isyarat kepada jawapan yang betul.
Isteri Ingram, Diana, turut didakwa terlibat.
Akhirnya, Ingram berjaya menjawab soalan bernilai £1 juta.
Dia menang.
Tetapi dia tidak sempat menikmati wang tersebut.
Selepas rakaman selesai, pihak produksi menonton semula rakaman permainan itu.
Semakin mereka melihat, semakin mencurigakan corak yang berlaku.
Bunyi batuk muncul pada saat-saat tertentu dan dikatakan seolah-olah membantu Ingram memilih jawapan.
Hadiah £1 juta itu akhirnya ditahan dan kes tersebut diserahkan kepada polis.
Charles dan Diana Ingram serta Tecwen Whittock kemudian didakwa atas kesalahan menipu.
Ketiga-tiganya menafikan tuduhan tersebut.
Whittock, misalnya, mendakwa batuknya berpunca daripada masalah alahan dan demam hay.
Namun pada 2003, mereka bertiga didapati bersalah.
Charles dan Diana masing-masing menerima hukuman penjara yang digantung serta denda, manakala Whittock turut menerima hukuman penjara yang digantung.
Charles Ingram kemudiannya mendapat gelaran yang sukar dilupakan iaitu..
“The Coughing Major.”
Kisah itu begitu terkenal sehingga hampir 20 tahun kemudian ia telah diadaptasi menjadi drama televisyen Quiz.
Sampai hari ini, kes tersebut masih menjadi antara skandal paling pelik dalam sejarah rancangan kuiz.
Bayangkan.
Orang lain guna talian bantuan.
Dia pula cuma guna…
“bunyi batuk”.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.