Dengar playlist penuh di sini
.

Tiada tuan rumah yang berharap akan dapat “penyewa dari neraka”. Tapi hakikatnya, kebanyakan masalah sewa sebenarnya dah bagi hint awal. Cuma ramai saja yang buat-buat tak nampak atau sememangnya tak perasan.
Baru tengok rumah, terus nak masuk esok.
“Boleh tak hari ni saya terus masuk?”
Kalau semua benda nak laju tanpa proses, itu bukan urgent… itu dah macam lari daripada roses kehidupan yang normal.
Minta IC, slip gaji atau bukti kerja terus jadi seribu alasan:
Padahal dokumen bukan untuk menyusahkan tapi untuk elak tuan rumah jadi watak utama dalam drama 78 episod berjudul “Rumahku Rumahmu Jua”.
Hari ini kerja corporate, esok freelancer, lusa “buat bisnes sendiri”.
Bukan tak boleh berubah kerja tapi kalau cerita pun asyik upgrade tanpa bukti, itu bukan progress… itu creative storytelling.
Bila sebut deposit, terus muncul pelbagai alasan:
“Boleh kurang sikit tak?”
“Semua rumah pun tak macam ni…”
Kalau deposit pun dah jadi isu besar, bayangkan bila ada isu bocor paip nanti mungkin terus “seen” sahaja.
Belum masuk lagi, semua nak negotiate:
Kalau semua benda nak ikut kepala sendiri, itu bukan sewa rumah, itu dah macam nak jadi ‘owner rumah tanpa kunci‘
Hari ini ‘seen’, tiga hari kemudian baru reply.
Kalau sebelum masuk rumah pun komunikasi dah susah, jangan terkejut nanti bila ada masalah, nombor pun jadi “tidak wujud dalam sistem”.
Masa datang tengok rumah:
Cara seseorang layan rumah orang lain biasanya petunjuk paling jujur tentang cara dia akan jaga rumah itu nanti.
Semua tanda ini bukan bukti mutlak seseorang itu bermasalah. Tapi bila terlalu banyak “red flag” muncul serentak, itu bukan lagi kebetulan.
Tuan rumah yang bijak bukan mencari masalah, cuma cuba elakkan cerita “penyewa dari neraka” jadi pengalaman hidup sendiri.
Sebab kadang-kadang, elak satu penyewa bermasalah lebih murah daripada baiki satu rumah…
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.