Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengfamili_master

Phone Jadi Mainan Harian Anak? Risiko Mata Bukan Main-main

Bangun tidur cari phone, makan nak tengok phone, nak tidur pun pegang phone. Kalau tak bagi, drama satu rumah.
baby girl, kid, children, girl, child, cute, little, portrait, kids, toddler, joy, mobile phone, looking, fun, play, worry, playing, preoccupation, fear, worries, emotion, brown phone, brown mobile, brown fear, brown smartphone, brown telephone, brown fun, mobile phone, mobile phone, worry, worry, worry, worry, worry, preoccupation

“Bagilah main phone kejap…diamlah dia nanti”

Ayat ni nampak macam penyelamat, kan? Anak diam, kita pun boleh tarik nafas. Tapi hakikatnya setiap kali kita hulur telefon untuk senyapkan anak, kita mungkin sedang bayar dengan kesihatan mata dia tanpa sedar.

Zaman sekarang, phone dah jadi macam mainan wajib untuk kanak-kanak. Bangun tidur cari phone, makan nak tengok phone, nak tidur pun pegang phone. Kalau tak bagi, drama satu rumah.

Masalahnya, mata anak bukan dicipta untuk hadap skrin berjam-jam.

Bila anak terlalu lama tengok skrin, mata dia akan mula protes. Mula-mula sekadar nampak mata merah, berair, selalu gosok mata. Kita ingat biasa tapi sebenarnya itu tanda awal mata dah penat.

Lama-lama, boleh jadi lebih serius.

Penglihatan mula kabur. Mata jadi kering. Ada kes sampai nampak macam ada selaput pada mata. Ini bukan cerita nak takutkan tapi ini memang berlaku. Bila dah sampai tahap ni, bukan setakat kurangkan screen time je tapi kena jumpa pakar.

Dan satu lagi yang ramai tak sedar..mata malas.

Bila anak terlalu fokus tengok phone dekat-dekat dalam tempoh lama, otak dia boleh pilih satu mata je untuk guna. Mata satu lagi jadi makin lemah. Lama-kelamaan, walaupun dia membesar, penglihatan dia tak akan normal sepenuhnya.

Bayangkan… benda ni berlaku senyap-senyap tanpa kita sedar.

Tambah pula dengan cahaya biru dari skrin. Siang malam hadap phone, mata tak sempat rehat. Bukan setakat rosakkan mata tapi ganggu tidur anak. Bila tidur tak cukup, emosi pun jadi tak stabil, perkembangan pun boleh terjejas.

Pendek kata bukan sekadar mata yang terkesan tapi keseluruhan hidup dia.

Jadi, apa parents boleh buat?

Pertama, jangan bagi phone tanpa had. Ya, memang susah. Anak akan meragam. Tapi itu lebih baik daripada dia menanggung kesan jangka panjang.

Letak limit. 1–2 jam sehari dah cukup. Itu pun dengan kawalan.

Kedua, ajar anak rehatkan mata. Setiap 20 minit, suruh dia pandang jauh. Biar mata “bernafas” balik.

Ketiga, bagi dia main luar. Lari, lompat, berpeluh. Bukan je sihat tapi mata pun dapat rehat dari skrin.

Dan paling penting jangan tunggu anak mengadu baru nak bertindak. Bila dia dah cakap mata sakit atau nampak kabur, selalunya keadaan tu dah lama berlaku.

Phone bukan musuh. Tapi tanpa kawalan, ia boleh jadi punca masalah yang kita sendiri tak sanggup tengok berlaku pada anak.

Hari ini kita bagi phone untuk senangkan hidup kita.

Esok, jangan sampai kita menyesal bila mata anak kita pula yang rosak kerana pilihan itu.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.