Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengsihat_master

Pilih Untuk Tidak “Move On” Bukan Bermaksud Anda Lemah

Bukan sebab dia tak mampu. Bukan sebab dia lemah atau susah nak lepaskan. Tapi sebab bagi dia, kenangan itu terlalu berharga untuk dia buang begitu saja.

Ramai fikir bila seseorang tu tak move on, bermakna dia masih terperangkap, masih meratap, masih tak boleh teruskan hidup dengan baik. Tapi sebenarnya, ada satu jenis orang yang dia tahu macam mana caranya nak move on, dia faham semua langkah tu, cuma dia sendiri yang pilih untuk tak buat.

Bukan sebab dia tak mampu. Bukan sebab dia lemah atau susah nak lepaskan. Tapi sebab bagi dia, kenangan yang pernah dia lalui tu terlalu berharga untuk dia buang begitu saja. Memori memori indah yang pernah wujud, ketawa yang pernah dikongsi, momen momen bahagia yang pernah dirasa bersama, semua tu bukan sesuatu yang dia nak padam dari ingatan dia. Sebab bagi dia, move on sepenuhnya bermakna dia kena lupakan semua benda tu, dan dia belum bersedia untuk buat pilihan itu.

Tapi ni yang penting, pilihan dia untuk tak move on bukan bermakna dia berhenti hidup. Dia tetap bangun setiap pagi, tetap pergi kerja, tetap uruskan hidup dia macam biasa. Malah, dia terus upgrade diri sendiri, belajar benda baru, cuba perkara yang dia tak pernah cuba dulu, jaga kesihatan, dan cari cara sendiri untuk rasa bahagia setiap hari. Dia tak duduk diam meratap dalam gelap, dia terus bergerak ke hadapan dalam hidup dia sendiri.

Cuma dalam satu sudut hati dia, ada ruang yang dia simpan khas untuk kenangan tersebut. Bukan untuk dia terperangkap di situ, tapi sekadar sebagai bukti yang perkara indah tu pernah wujud dalam hidup dia. Sama macam kita simpan gambar lama dalam album, bukan sebab kita nak hidup dalam gambar tu, tapi sebab kita hargai momen yang pernah berlaku.

Ramai anggap move on tu satu kewajipan yang perlu disegerakan, macam kalau lambat sikit, kita dikira lemah atau tak matang. Tapi sebenarnya setiap orang ada cara sendiri untuk uruskan hati dia. Ada yang perlu lupakan semua untuk teruskan hidup, dan ada yang pilih untuk simpan sikit kenangan sambil tetap teruskan hidup dengan cara yang sihat. Dua dua bukan salah, cuma cara yang berbeza.

Jadi kalau anda kenal seseorang yang macam ni, jangan cepat hukum dia sebagai orang yang tak boleh lepaskan masa lalu. Kadang, dia lebih kuat dari yang anda sangka, sebab dia dah belajar macam mana nak hidup dengan kenangan tanpa biarkan kenangan tu kawal seluruh hidupnya.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.