Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengretro_master

Primadona Dulu-dulu, Badan Cantik, Tak Ngadu Sakit Pinggang

Umur baru 20-an atau 30-an, duduk lama sikit dah mula pegang pinggang. Bangun dari kerusi bunyi “aih”. Siapa sama angkat tangan?

Kalau kita tengok primadona dulu-dulu, sama ada era hitam putih, 70-an atau 80-an, satu benda yang konsisten ialah postur badan mereka. Berdiri tegak, berjalan kemas, bahu tak jatuh, leher tak ke depan. Umur meningkat, tapi tubuh masih nampak “tegap”. Kulit cantik, badan tak menggeleber, dan yang paling ketara, mereka jarang mengeluh sakit pinggang.

Bandingkan dengan kita hari ini. Umur baru 20-an atau 30-an, duduk lama sikit dah mula pegang pinggang. Bangun dari kerusi bunyi “aih”. Jalan tunduk, bahu ke depan, muka sentiasa menghadap skrin. Badan belum tua, tapi gaya hidup dah buat kita nampak letih dan uzur sebelum masa.

Ramai sangka rahsia primadona dulu ialah genetik atau rawatan mahal. Hakikatnya, zaman mereka tak ada rawatan estetik seperti sekarang. Tak ada suntikan ini itu, tak ada supplement viral setiap minggu. Tapi mereka ada satu perkara yang kita jarang buat, pergerakan harian yang konsisten.

Primadona dulu banyak berdiri, berjalan dan bergerak. Di set penggambaran, mereka berdiri lama, ulang babak, berjalan dari satu lokasi ke satu lokasi. Duduk itu rehat, bukan rutin berjam-jam. Badan sentiasa digunakan, bukan duduk lama atas kerusi.

Selain itu, postur sangat dititikberatkan. Cara duduk, cara berdiri, cara berjalan,semuanya dijaga. Zaman dulu, perempuan diajar supaya duduk sopan, berdiri kemas, berjalan dengan kepala tegak. Bukan untuk cantik semata-mata, tapi untuk jaga tubuh. Tanpa sedar, disiplin ini melindungi tulang belakang dan otot mereka.

Hari ini, c, tapi kita hairan kenapa sakit pinggang jadi masalah biasa, bukan lagi masalah orang tua.

Masalahnya bukan umur. Masalahnya cara kita guna badan. Kita bengkokkan leher berjam-jam, tundukkan bahu setiap hari, dan paksa tulang belakang bekerja dalam posisi yang salah. Lama-lama, badan memberi “isyarat” melalui sakit, lenguh dan keletihan.

Kulit pun sama. Bila badan kurang bergerak, peredaran darah jadi perlahan. Wajah nampak kusam, badan cepat letih, dan kita cari jalan pintas melalui produk mahal. Sedangkan asasnya masih sama,badan yang aktif lebih sihat dari dalam, dan automatik akan cantik.

Primadona dulu mungkin tak bercakap tentang “self-care”, tapi mereka praktikkan tanpa sedar. Mereka bergerak, berehat secukupnya, dan tak terlalu melekat dengan satu posisi terlalu lama.

Mungkin sudah tiba masa kita belajar semula daripada generasi lama. Cantik bukan sekadar muka glowing atau kurus. Cantik ialah tubuh yang dapat berfungsi dengan baik, postur yang betul, dan badan yang tak cepat mengadu sakit. Kalau muda-muda pun dah bongkok dan sakit pinggang, itu tanda kita tak jaga badan sendiri.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.