Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengsihat_master

Putus Cinta, Hanya Sedih Yang Teramat Berat Atau Depresi?

Putus cinta ni bukan sekadar kehilangan pasangan, tapi ia juga kehilangan rutin harian, kehilangan sokongan emosi yang selama ni ada.

Bila cerita pasal putus cinta je mesti orang akan kaitkan dengn depresi, contohnya cakap aku depress la lepas putus. Tapi soalan sebenar yang perlu kita fahami adalah, betul ke putus cinta ni boleh bawa kepada depresi yang sebenar, bukan sekadar sedih biasa.

Jawapan ringkasnya, ya, ia memang boleh. Putus cinta ni bukan sekadar kehilangan pasangan, tapi ia juga kehilangan rutin harian, kehilangan sokongan emosi yang selama ni ada, dan kadang kehilangan sebahagian dari identiti diri sendiri, terutama kalau hubungan tu dah lama dan mendalam. Bila semua kehilangan ni berlaku serentak, otak dan tubuh kita memang boleh bertindak balas dengan cara yang sama macam kita alami kehilangan besar dalam hidup.

Tapi kita perlu bezakan antara sedih yang normal dengan simptom depresi yang lebih serius. Sedih, menangis, rasa kosong, dan sukar tidur untuk beberapa hari atau minggu selepas putus cinta tu perkara biasa, sebab tu memang cara badan proses kesedihan. Tapi kalau perasaan tu berlarutan berminggu minggu atau berbulan bulan, sampai anda hilang minat pada semua benda yang dulu anda suka, sukar nak bangun dari katil, selera makan terjejas teruk, sukar fokus, dan rasa tak berharga secara berterusan, ini tanda tanda yang perlu diambil serius, bukan sekadar dianggap fasa biasa.

Faktor lain yang buat putus cinta lebih berisiko bawa kepada depresi termasuklah kalau hubungan tu berakhir secara tiba tiba atau mengejutkan, kalau ia melibatkan pengkhianatan, atau kalau seseorang tu memang dah ada riwayat masalah kesihatan mental sebelum ini. Sokongan sosial pun main peranan besar, orang yang ada kawan dan keluarga yang faham serta sudi dengar, biasanya lebih cepat pulih berbanding yang lalui semua tu bersendirian.

Jadi kalau anda atau kenalan anda sedang lalui perpisahan dan rasa perasaan tu makin lama makin berat, jangan tunggu sampai teruk baru nak cari bantuan. Cuba luangkan masa cerita dengan orang yang dipercayai, dan kalau perasaan tu tak juga reda, tak salah untuk dapatkan bantuan profesional seperti kaunselor atau ahli psikologi. Putus cinta memang menyakitkan, tapi macam mana kita uruskan kesakitan tu yang tentukan sama ada ia jadi luka yang kita pulih, atau beban yang kita bawa terlalu lama.

Ini topik yang sensitif untuk sesetengah orang. Kalau anda sendiri sedang alami tekanan emosi yang berat, sila jangan teragak-agak untuk dapatkan bantuan daripada pakar atau carilah seseorang yang mampu menjadi pendengar yang baik.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.