Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengfamili_master

Rezeki Terus Lapang Bila Tak Kedekut Dengan Isteri

Isteri bukan penghalang rezeki, dia adalah sebab rezeki itu dilapangkan. Membahagiakan isteri adalah satu pelaburan akhirat.

Dalam rumah tangga, rezeki bukan hanya tentang angka di dalam akaun suami dan isteri. Ia juga tentang ketenangan, keberkatan, dan rasa cukup yang hadir tanpa disangka-sangka. Sebab itu Islam tidak melihat nafkah sekadar kewajipan zahir, tetapi sebagai pintu besar kepada rezeki yang lebih luas, lebih tenang, dan lebih diberkati.

Ramai suami bekerja keras siang dan malam, berusaha menyediakan yang terbaik untuk keluarga. Itu satu amanah besar dan mulia. Namun, dalam keletihan mengejar rezeki, ada yang terlupa satu perkara kecil yang sebenarnya sangat besar nilainya, iaitu membahagiakan isteri dengan hati yang lapang.

Isteri tidak menuntut kemewahan. Selalunya dia hanya mahu rasa disayangi, difahami, dan tidak dipersalahkan setiap kali memerlukan sesuatu. Bila seorang suami memberi dengan ikhlas, tanpa berkira dan tanpa mengungkit, di situlah rezeki mula mengalir dengan cara yang tidak disangka-sangka. Tenang di rumah, mudah urusan, dan hati terasa ringan,semua itu juga rezeki.

Dalam Islam, memberi nafkah kepada isteri adalah ibadah. Setiap sen yang dibelanjakan dengan niat menjaga dan membahagiakan isteri dicatat sebagai pahala. Bahkan ada hadis yang menjelaskan bahawa sedekah paling utama ialah yang diberikan kepada ahli keluarga. Ini menunjukkan betapa besarnya nilai memberi kepada isteri di sisi Allah.

Ada suami yang takut memberi kerana bimbang tidak cukup. Sedangkan janji Allah itu jelas ,rezeki tidak akan berkurang kerana memberi. Yang berkurang selalunya ialah keberkatan apabila terlalu berkira. Bila suami memberi dengan rasa berat, rumah terasa tak tenang walaupun cukup segala-galanya. Tetapi bila memberi dengan ikhlas, rumah terasa sejukkkk je walaupun sederhana.

Isteri yang hatinya tenang akan mendoakan suaminya tanpa henti. Doa isteri yang reda, yang rasa dijaga dan dihargai, bukan doa biasa-biasa. Ia doa yang lahir dari kasih sayang, dan doa seperti ini sering menjadi sebab rezeki suami dipermudahkan. Urusan kerja lancar, pintu peluang terbuka, dan beban terasa lebih ringan.

Membahagiakan isteri juga tidak bermaksud memenuhi semua kehendaknya tanpa batas. Islam mengajar keseimbangan. Memberi mengikut kemampuan, berbincang dengan baik, dan saling memahami. Yang penting bukan jumlahnya, tetapi sikap. Nada yang lembut, wajah yang tenang, dan keikhlasan ketika memberi jauh lebih bernilai daripada jumlah wang itu sendiri.

Seorang isteri yang merasa cukup tidak akan menjadi boros. Sebaliknya, dia lebih menghargai, lebih berjimat, dan lebih menjaga apa yang suami usahakan. Apabila hati isteri bahagia, rumah tangga menjadi tempat rehat, bukan medan tekanan. Dari situlah lahir ketenangan yang menjadi asas kepada rezeki yang berpanjangan.

Suami kena ingat,isteri bukan penghalang rezeki. Dia adalah sebab rezeki itu dilapangkan. Membahagiakan isteri bukan sekadar perbuatan baik, tetapi satu pelaburan akhirat. Dan rumah tangga yang dibina atas keikhlasan memberi, insya-Allah akan sentiasa cukup, walau tidak berlebihan.

TV gif. Kaliko Kauahi as Sandra from Superstore looks overencumbered walks through a parking lot with her hands full of shopping bags. She drops some bags and stops, staring at them on the ground.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.