Dengar playlist penuh di sini
.
Bab keluar makan ramai-ramai, ramai antara kita mesti pernah alami situasi ini, dia seorang je yang asyik kena bayar, yang lain senyap je tunggu bil dibayar. Lama-lama, orang yang selalu kena payung tu jadi serik nak ajak makan sama-sama, bukan sebab tak nak berkumpul, makan sama-sama, tapi sebab poket sendiri pun ada limit.
Ramai salah faham yang kalau seseorang tu ada kerja tetap, ada kereta elok, ada rumah sendiri, dan kerap jalan sana sini, mesti dia senang je dapat duit. Tapi realitinya tak semestinya begitu. Kebanyakan orang macam ni hanya cukup makan untuk sara diri sendiri atau keluarga kecil mereka je. Bukannya berlambak duit lebih untuk belanja semua orang setiap kali keluar makan. Kalau setiap kali makan ramai-ramai kena tanggung semua, lambat laun poket pun koyak jugak, walaupun nampak dari luar macam senang.
Sebab itulah penting untuk kita normalisasikan konsep bayar bahagian sendiri, atau apa yang selalu disebut sebagai tong-tong. Sebenarnya, tong-tong ni bukan bermaksud kita kena bayar bahagian orang lain pun. Ia cuma bermaksud setiap orang offer untuk bayar bahagian sendiri sahaja.Ini cara yang adil supaya semua orang boleh keluar makan sama-sama tanpa rasa terbeban atau membebankan orang lain.
Kalau nak keluar makan sama-sama dengan family atau kawan-kawan, cuba amalkan sikit rasa hormat dan pertimbangan ni. Bila bil dah sampai, tak salah untuk kita offer bayar bahagian sendiri dulu sebelum tunggu orang lain bayar. Kalau ada yang nak belanja, biarlah dia yang offer sendiri, dia akan cakap dia nak belanja, bukan kita yang assume dia akan bayar sebab dia nampak lebih senang.
Kena ada empati dalam situasi macam ni. Tak semua orang yang nampak senang tu memang senang. Ada yang kerja keras siang malam untuk dapat apa yang mereka ada sekarang. Kereta tu instalment, rumah tu loan, gaji tu dah kira untuk komitmen sendiri. Jangan sebab kita rasa dia mampu, kita asyik paw dia bila keluar makan sama-sama. Lama-lama, orang tu akan rasa serik dan mula elak untuk join sesi makan ramai-ramai, walhal sebenarnya dia suka je gathering, cuma tak larat nak payung semua orang setiap kali ajak makan.
Kalau kita nak budaya makan sama-sama ni kekal happy dan tak jadi beban kepada sesiapa, mulakan dengan sikap yang adil. Offer bayar bahagian sendiri, jangan tunggu orang lain je yang bayar, dan hargai usaha orang yang selama ni banyak kali menanggung. Sikap kecil macam ni boleh buat perbezaan besar, bukan sahaja kepada poket seseorang, tetapi juga kepada hubungan dan kepercayaan sesama kita. Makan sama-sama patut jadi masa untuk berkumpul dengan gembira, bukan masa yang buat seseorang rasa terperangkap untuk bayar semua orang setiap kali.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.