Dengar playlist penuh di sini
.
Sleepwalking atau dalam istilah perubatan disebut somnambulisme, sememang berlaku dalam kalangan manusia. Bukan cerita hantu atau kes kena rasuk! Dalam bahasa Melayu lama fenomena ini kadang-kadang dipanggil jalu, iaitu berjalan atau bergerak ketika tidur. Walaupun istilah jalu jarang digunakan sekarang namun ia telah menunjukkan masyarakat kita dah lama perasan orang boleh jalan sambil tidur.
Sleepwalking biasanya berlaku semasa tidur nyenyak. Pada waktu ini tubuh boleh bergerak dan melakukan aktiviti tapi minda masih lagi tidur. Jadi bila nampak seseorang berjalan di rumah tengah malam, jangan ingat dia nak buat huru-hara, mereka memang sleepwalking.
Tidak sepenuhnya. Mata mungkin terbuka tapi penglihatan dan kesedaran sangat terhad. Mereka boleh berjalan keliling rumah macam model catwalk, tapi bila diajak berborak? Biasanya diam seribu bahasa, tiada balasan. Kalau ada pun biji butir yang keluar pasti tidak kena-mengena atau mengarut. Keesokan harinya pula, mereka tak ingat langsung apa yang berlaku.
Individu yang jalu biasanya tak rasa penat walaupun dah berjalan lama tengah malam. Tapi yang tak syoknya kualiti tidur mereka boleh terganggu. Kalau kerap berlaku, rasa mengantuk siang hari, kurang fokus, dan prestasi harian menurun memang tak dapat nak elak.
Dalam kebanyakan kes,boleh. Ramai penghidap jalu pulang semula ke katil dan sambung tidur tanpa sedar. Ada juga yang tertidur di sofa atau lantai. Kalau nak bantu, pimpin perlahan-lahan. Jangan tiba-tiba kejutkan takot nanti mereka bukan terkejut je, boleh jadi agresif pulak.
Kebanyakan kes ringan tapi ada juga yang serius. Ada yang keluar rumah tanpa sedar, tersesat, jatuh tangga atau kemalangan. Dalam kes jarang tapi bahaya, ada yang boleh memandu atau guna alat berisiko tinggi semasa jalu. Risiko ni lebih tinggi pada orang dewasa yang stress teruk, kurang tidur, atau ambil ubat tertentu.
Sleepwalking atau jalu memang fenomena sebenar yang diperakui oleh sains perubatan. Dengan pemahaman yang betul dan langkah berjaga-jaga, risiko yang berkaitan dengan gangguan ini boleh dikurangkan. Jadi lepas ni, kalau ternampak jiran berpakaian kelawar atau pijama jalan-jalan waktu tengah malam, jangan terus judge… ada kemungkinan dia pun sleepwalking.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.