Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengfamili_master

Suami Buat KPI Untuk Kerja Rumah, Sistematik Ke Kejam?

Hubungan suami isteri patut diasaskan atas rasa kasih sayang, tolak ansur dan buat kerja sebab sayang, bukan sebab ada KPI.

Viral minggu ni pasal sorang suami yang rupanya buat sistem KPI ya, KPI macam kat tempat kerja tu, untuk uruskan pembahagian kerja rumah dengan isterinya. Siap ada spreadsheet, senarai tugasan, dan weekly review untuk semak progress. Bila posting ni tersebar kat Threads, netizen terus panas. Ramai yang komen dan masing-masing ada pendapat tersendiri.

Ada yang kata, “genius la mamat ni.” Argumen diorang mudah, kalau kat tempat kerja kita boleh terima sistem task list dan KPI, kenapa kat rumah tak boleh? Selama ni ramai pasangan gaduh sebab kerja rumah tak dibahagi dengan jelas, sorang buat lebih sorang buat kurang, last-last jadi isu besar. Bila ada sistem, sekurang-kurangnya semua orang tahu tanggungjawab masing-masing. Tak ada lagi alasan “tak perasan lantai kotor” atau “ingat dah buat tadi.”

Tapi majoriti ramai yang reject idea tu habis-habisan. “Rumah ni bukan office.” Ada yang kata cara tu terlalu kejam untuk sebuah perkahwinan. Rumah tangga bukan projek korporat. Hubungan suami isteri patut diasaskan atas rasa kasih sayang, tolak ansur, dan buat kerja sebab sayang, bukan sebab ada KPI yang kena cukupkan setiap minggu. Bila dah ada review mingguan, rasa macam kena audit. Penat balik kerja, kena pula duduk dalam “meeting” dengan suami sendiri.

Ada juga yang tanya, kenapa perlu sampai ke tahap tu? Kalau dah kena buat spreadsheet supaya suami atau isteri buat kerja rumah, adakah komunikasi dalam hubungan tu memang dah longgar? Sebab pasangan yang betul-betul saling faham biasanya tak perlukan sistem macam tu, cukup sekadar cakap dan tolak ansur.

Tapi kita pun kena akui, realiti kehidupan zaman sekarang memang kompleks. Dua-dua bekerja, penat, masa terhad dan kerja rumah selalu jadi punca bergaduh dalam diam. Kajian Ipsos tahun ni pun tunjukkan 67 peratus rakyat Malaysia setuju kerja rumah patut dibahagi sama rata, tapi praktikalnya tak selalu berlaku. Mungkin sistem KPI ni bukan untuk semua orang, tapi sekurang-kurangnya ia buka perbualan penting untuk tentukan siapa buat apa kat rumah, dan adakah ia adil?

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.