Dengar playlist penuh di sini
.

Ramai ibu bapa ingat bila anak tiba-tiba berubah perangai, itu cuma fasa biasa atau anak sengaja buat perangai.
Padahal kadang-kadang…
Itu sebenarnya cara anak cuba “beritahu” yang emosi mereka sedang terganggu.
Bezanya, anak kecil selalunya tak pandai luahkan dengan kata-kata.
Mereka tak tahu macam mana nak cakap:
“Saya takut.”
“Saya sedih.”
“Saya tertekan.”
Jadi emosi itu keluar melalui tingkah laku.
Antara tanda yang sering berlaku ialah nightmare atau mimpi ngeri, terkencing dalam seluar dan juga tervuang air besar dalam seluar walaupun sebelum ini mereka sudah pandai ke tandas sendiri.
Ada anak yang tiba-tiba selalu menangis waktu tidur.
Ada yang terjaga menjerit.
Takut tidur sendiri.
Takut gelap.
Atau asyik mimpi benda menakutkan berulang kali.
Ramai fikir ini cuma “mainan tidur”.
Tapi kalau berlaku terlalu kerap, ia boleh menjadi petanda anak sedang mengalami tekanan emosi atau trauma tertentu.
Kadang-kadang trauma itu datang daripada perkara yang orang dewasa rasa kecil:
Pergaduhan dalam rumah.
Kena marah terlalu teruk.
Dibuli.
Tengok sesuatu yang menakutkan.
Atau perubahan besar dalam hidup seperti perceraian, kematian atau berpindah sekolah.
Benda yang nampak kecil pada orang dewasa boleh jadi sangat besar dalam dunia seorang anak.
Ini antara perkara yang paling selalu buat ibu bapa marah.
Lebih-lebih lagi bila anak sebenarnya dah lama pandai ke tandas sendiri.
Tapi bila anak mula kerap terkencing semula, terutama waktu malam atau ketika takut, jangan terus anggap mereka malas atau sengaja.
Kadang-kadang badan anak memberi reaksi terhadap tekanan yang mereka pendam.
Bila emosi terlalu terganggu, kawalan badan juga boleh terkesan.
Sebab itu ada anak yang tiba-tiba:
Dan ya… mereka sendiri pun sebenarnya malu.
Perkara ini memang jarang orang bercakap sebab dianggap memalukan.
Tapi hakikatnya, ada anak yang mengalami trauma atau tekanan emosi boleh mengalami masalah kawalan membuang air besar.
Kadang-kadang ia berlaku sebab anak terlalu takut.
Kadang sebab cemas.
Kadang sebab mereka memendam tekanan terlalu lama.
Bila ini berlaku, anak sebenarnya lebih perlukan rasa selamat daripada dimarahi.
Kalau terlalu dimalukan atau dihukum, keadaan boleh jadi lebih teruk.
Inilah yang ramai tak sedar.
Trauma bukan semestinya datang daripada penderaan fizikal sahaja.
Kadang-kadang anak nampak normal di luar.
Masih bermain.
Masih ketawa.
Tapi dalam hati mereka sebenarnya sedang menyimpan ketakutan atau tekanan.
Dan setiap anak menunjukkan trauma dengan cara berbeza.
Ada yang jadi terlalu diam.
Ada yang mudah marah.
Ada yang kuat menangis.
Ada yang tiba-tiba berubah perangai.
Perkara pertama, jangan terus marah.
Cuba perhatikan:
Kadang-kadang anak cuma perlukan seseorang untuk rasa selamat semula.
Peluk mereka.
Bercakap dengan nada lembut.
Bagi ruang untuk mereka bercerita tanpa takut dimarahi.
Dan kalau keadaan berlarutan atau semakin serius, jangan takut untuk dapatkan bantuan profesional seperti kaunselor atau pakar psikologi kanak-kanak.
Kerana kadang-kadang…
Apa yang nampak seperti “anak buat perangai” sebenarnya jeritan kecil daripada hati mereka yang sedang terluka.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.