Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengretro_master

Wai Rai Freshy, Drama Remaja Thailand Kegilaan Millenial

Salah seorang ahli, Big koma bertahun-tahun sampailah meninggal dunia pada tahun 2007 dalam usia baru 25 tahun, sedih sangat.

Geng millennial mesti ingat cerita Thailand ni, Wai Rai Freshy, yang ditayangkan sekitar tahun 2002 kat Thailand. Cerita ni sebenarnya sambungan dari drama Wai Rai High School yang ditayangkan setahun sebelum tu, dan geng pelakon yang sama teruskan cerita bila diorang masuk universiti pulak. Zaman tu memang viral gila sebab watak-watak dia handsome dan cantik, plus lagu tema dia stuck dalam kepala sampai sekarang.

Pelakon utama cerita ni ramai, antaranya Ryu Arthit, Aon Luckkana, Dan Worrawech, Nathalie Davis, dan Big yang join lepas jadi member boyband D2B. Kalau nak tahu the sad part dulu, memang betul ada yang dah tiada. Big, nama sebenar dia Panrawat, terlibat accident teruk masa tengah shooting sekitar tahun 2003, jatuh dalam air kotor yang penuh kuman sampai jangkit ke otak dia. Dia koma bertahun-tahun sampailah meninggal dunia pada tahun 2007 dalam usia baru 25 tahun. Sedih sangat sebab masa tu dia tengah naik-naik populariti dengan group D2B.

Untuk Ryu Arthit plak, dulu dia memang top hero zaman 90an, ramai gila peminat. Tapi lepas tu dia struggle dengan masalah kesihatan mental, dan baru-baru ni ada laporan cakap dia jual barang terpakai kat flea market untuk sara hidup. Memang buat ramai peminat lama terkejut dan sedih tengok perubahan hidup dia.

Yang lain macam Aon Luckkana pulak nampak hidup bahagia, dah kahwin, ada anak, dan still aktif kat media sosial. Nathalie Davis pun teruskan career lakonan dia lama lepas cerita ni, main banyak drama lain sampai beberapa tahun selepas tu. Dan Worrawech plak antara yang paling berjaya, sampai sekarang pun dia masih salah seorang pelakon paling terkenal kat Thailand, ramai kenal dia dalam industri sampai sekarang.

Bila tengok balik gambar poster lama macam ni, memang buat kita rasa nostalgia sekali gus terharu sebab perjalanan hidup setiap pelakon lain-lain. Ada yang kekal berjaya, ada yang struggle, dan ada yang dah tiada. Tapi cerita diorang tetap tinggal dalam kenangan orang yang membesar dengan drama ni.

Disney gif. With hearts in his eyes, a smitten Donald Duck swoons against a wall as his heart beats wildly out of his chest.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.