Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengspotlite_master

Pickleball: Sukan Terkini a.k.a. Pentas OOTD Paling Trendy

Ramai suka share OOTD ketika berpickleball. Lebih nampak 'fashion show' daripada aksi pukul bola...

Sekarang pickleball begitu mencuri perhatian ramai di Malaysia. Dari taman permainan hingga ke pusat sukan ramai mula cuba dan share momen berpickleball di media sosial. Tapi kadang tu lebih nampak OOTD daripada aksi bermain! Hehehe.

Asal Usul Pickleball

Permainan ini dicipta pada tahun 1965 di Pulau Bainbridge, Washington, Amerika Syarikat oleh Joel Pritchard, Bill Bell,dan Barney McCallum sebagai aktiviti riadah keluarga. Permainan ini menggabungkan elemen tennis, badminton, dan ping pong, jadi ia mudah dipelajari namun tetap seronok. Nama pickleball kononnya diambil dari nama anjing mereka, Pickles.

Cara Bermain

Pickleball dimainkan dengan menggunakan:

  • Paddle (macam ping pong tapi lebih besar dan ringan)
  • Bola plastik berlubang (macam bola wiffle)
  • Gelanggang bersaiz kecil, hampir separuh saiz gelanggang badminton
a green and red skateboard
paddle dan bola
Separuh saiz gelanggang badminton

Permainan ini boleh secara beregu atau perseorangan. Konsepnya mudah:

  • Servis dari belakang gelanggang, haruslah secara diagonal.
  • Kena pukul bola supaya lawan tak dapat balas.
  • Point hanya dikira bila serve.
Siapa Yang Sesuai Main

Pickleball sesuai untuk:

  • Semua peringkat umur dari muda hingga warga emas.
  • Mereka yang nak aktiviti santai tapi tetap aktif sebab tidak terlalu lasak macam futsal.
  • Sesiapa yang nak social sport sebab biasanya ramai main sambil bergossip dan bergelak ketawa.

Pickleball di Media Sosial

Mula jadi fenomena bila ramai pemain suka share OOTD mereka ketika berpickleball. Kadang-kadang lebih nampak ‘fashion show‘ daripada aksi pukul bola. Tapi tak kisahlah sebab ia menjadikan sukan ni lebih trendy dan menarik minat generasi muda untuk cuba.

Masa Depan Pickleball
  • Pickleball dijangka akan terus popular sebab mudah dipelajari dan boleh dimainkan secara santai.
  • Sukan ini berpotensi masuk arena lebih besar, mungkin jadi sukan suka-suka di sekolah atau pusat komuniti.
  • Siapa tahu suatu hari nanti kita mungkin tengok liga pickleball Malaysia dengan penonton bersorak ala badminton!
Kesimpulan

Pickleball bukan sekadar sukan trendy tapi gabungan keseronokan, sosial dan senaman ringan. Ia mudah untuk semua peringkat umur dan media sosial membantu menyebarkan minat. Memang kadang-kadang lebih nampak OOTD daripada skill tapi itu pun sebahagian daripada fun. Kalau belum cuba jom la cuba sekali. Paddle dah sedia, bola pun ready!

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.