Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengsihat_master

Wart: Satu Benjolan Kecil Hari Ini, Masalah Ngeri Esok

Bayangkan satu benjolan kecil boleh bagi rasa tajam dan bisa tahap dewa macam menapak atas kaca...
Bukan sekadar benjolan kecil.

Ramai yang pandang remeh dengan wart. “Cuma benjolan kecil je, tak apa,” kata mereka. Jangan tertipu benjolan kecil ini sebenarnya boleh menjadi mimpi ngeri. Ia bukan sahaja menyakitkan malah boleh merebak dan dalam kes tertentu boleh menimbulkan komplikasi serius jika diabaikan

Apa itu wart?


Istilah tepat dalam perubatan ia dikenali sebagai plantar wart atau bahasa melayunya ketuat kaki yang disebabkan oleh virus HPV (Human Papillomavirus). Virus ini menyerang kulit khususnya pada tapak kaki dan boleh merebak perlahan-lahan ke kawasan lain pada kaki. Yang lebih membimbangkan, ia juga boleh tersebar kepada orang lain melalui sentuhan atau perkongsian barang peribadi seperti tuala, kasut atau alat sukan. Bayangkan hari ini cuma satu ketuat kaki. Selang beberapa minggu kemudian ia boleh bertukar menjadi lebih daripada satu benjolan yang keras, berdarah, dan sangat menyakitkan.

Inilah rupa wart bila dlihat secara dekat

Sakit macam berjalan atas kaca!


Salah satu simptom paling jelas adalah kesakitan semasa menapak. Ketuat di tapak kaki boleh membuatkan setiap langkah terasa seperti menapak atas kaca tajam. Jika digaru atau dicabut sendiri ketuat kaki boleh berdarah dan mudah dijangkiti kuman lalu menyebabkan jangkitan kulit merebak ke kawasan sekeliling. Dalam kes yang lebih serius ketuat yang diabaikan boleh menimbulkan luka kronik atau parut kekal yang memerlukan rawatan lebih kompleks.

Ketuat degil perlukan rawatan klinikal.


Menunda rawatan ketuat kaki bukan pilihan. Ketuat degil memerlukan rawatan klinikal berulang termasuk pembekuan dengan nitrogen cecair, laser atau pembedahan kecil. Jika diabaikan, ketuat boleh bertahan bertahun-tahun, merebak tanpa kawalan, dan memberi kesan psikologi kerana rasa malu, ketidakselesaan, dan sakit yang berpanjangan. Malah ketuat kaki juga boleh menjejaskan aktiviti harian, sukan, atau pekerjaan yang memerlukan berdiri lama.

Ada risiko kanser.


Walaupun ketuat kaki sering dianggap masalah kosmetik ia sebenarnya adalah jangkitan virus. Virus HPV juga mempunyai beberapa jenis lain yang boleh menjadi lebih serius dan dikaitkan dengan risiko kanser jika tidak dirawat. Ini menunjukkan bahawa walaupun ketuat kaki nampak remeh, ia sebahagian daripada virus yang sama yang boleh memberi kesan lebih besar pada kesihatan.

Bertindak sebelum jadi mimpi ngeri


Ketuat kaki bukan sekadar masalah kosmetik atau benjolan kecil. Ia adalah jangkitan virus yang berpotensi menjadi mimpi ngeri. Jangan tunggu sehingga ia merebak atau menjadi lebih serius. Rawat awal, jaga kebersihan kaki dan jangan pandang ringan. Satu benjolan kecil hari ini boleh menghantui anda untuk tempoh masa yang lama. Bertindak sekarang!

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.