Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengapasaja_master

Pretty Privilege: Handsome, Cantik & Simpati Dalam Jenayah

“Tak nampak macam penjenayah.” “Kesiannya, mesti satu kesilapan.” “Mesti ada sebab dia buat macam tu.”

Dalam banyak kes jenayah, siapa sangka rupa paras boleh memainkan peranan besar dalam cara masyarakat menilai apa yang salah dan apa yang betul. Fenomena ini dipanggil pretty privilege , kelebihan yang dinikmati oleh individu berwajah cantik atau tampan, termasuk apabila mereka terlibat dalam jenayah.

Di peringkat global, kes seperti Ted Bundy jelas menunjukkan bagaimana rupa kacak dan karisma membuatkan orang sukar percaya dia seorang pembunuh bersiri. Begitu juga Jeremy Meeks, yang mendapat kemasyhuran hanya kerana mugshot kacak walaupun mempunyai rekod jenayah. Dalam kes lebih terkini, Cameron Herrin pula menerima simpati luar biasa di media sosial, dengan ramai merayu hukuman diringankan kerana wajahnya.

Cult Following for Cameron Herrin on TikTok Wants Him to Be Free - Business  Insider

Di Malaysia, fenomena ini mungkin tidak selalu sampai ke tahap mengubah keputusan mahkamah, tetapi dah memang jelas sangat dalam reaksi awam dan media sosial. Setiap kali muncul kes jenayah atau salah laku melibatkan individu yang berwajah menarik, komen yang keluar sering berbunyi:

“Tak nampak macam penjenayah.”
“Kesiannya, mesti satu kesilapan.”
“Mesti ada sebab dia buat macam tu.”

Kita juga pernah melihat beberapa kes scammer, pesalah trafik atau suspek jenayah menjadi viral bukan kerana kesalahan mereka, tetapi kerana rupa yang dianggap “handsome” atau “cantik”. Fokus netizen beralih daripada mangsa dan kesalahan, kepada wajah, gaya berpakaian, malah potensi jadi model atau influencer. Ini sendiri sudah menunjukkan pretty privilege sedang berfungsi walaupun secara tidak rasmi.

Kenapa ini bahaya?

Apabila rupa lebih mendapat perhatian berbanding fakta:

  • Mangsa boleh terpinggir
  • Kesalahan dinormalisasikan
  • Empati diberi pada orang yang salah, bukan yang dizalimi

Dalam era media sosial di Malaysia, di mana sesuatu boleh viral dalam beberapa jam, pretty privilege boleh memesongkan naratif sebenar sesuatu kes.

Cantik atau kacak bukan ukuran peribadi seseorang. Dalam apa jua konteks , di barat atau di Malaysia, keadilan sepatutnya tidak memihak kepada rupa. Sebagai masyarakat yang semakin celik media, kita perlu lebih berhati-hati supaya simpati tidak salah alamat, dan keadilan tidak dikalahkan oleh wajah semata-mata.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.