Dengar playlist penuh di sini
.
Sekarang pickleball begitu mencuri perhatian ramai di Malaysia. Dari taman permainan hingga ke pusat sukan ramai mula cuba dan share momen berpickleball di media sosial. Tapi kadang tu lebih nampak OOTD daripada aksi bermain! Hehehe.
Permainan ini dicipta pada tahun 1965 di Pulau Bainbridge, Washington, Amerika Syarikat oleh Joel Pritchard, Bill Bell,dan Barney McCallum sebagai aktiviti riadah keluarga. Permainan ini menggabungkan elemen tennis, badminton, dan ping pong, jadi ia mudah dipelajari namun tetap seronok. Nama pickleball kononnya diambil dari nama anjing mereka, Pickles.
Pickleball dimainkan dengan menggunakan:


Permainan ini boleh secara beregu atau perseorangan. Konsepnya mudah:
Pickleball sesuai untuk:
Mula jadi fenomena bila ramai pemain suka share OOTD mereka ketika berpickleball. Kadang-kadang lebih nampak ‘fashion show‘ daripada aksi pukul bola. Tapi tak kisahlah sebab ia menjadikan sukan ni lebih trendy dan menarik minat generasi muda untuk cuba.
Pickleball bukan sekadar sukan trendy tapi gabungan keseronokan, sosial dan senaman ringan. Ia mudah untuk semua peringkat umur dan media sosial membantu menyebarkan minat. Memang kadang-kadang lebih nampak OOTD daripada skill tapi itu pun sebahagian daripada fun. Kalau belum cuba jom la cuba sekali. Paddle dah sedia, bola pun ready!
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.