Dengar playlist penuh di sini
.
Zaman dulu, kartun bukan sekadar hiburan. Kartun la yang bagi kita semangat nak bangun awal pagi, mandi laju, sarapan cepat, semata-mata tak nak terlepas waktu siaran. Dulu mana boleh rewind, YouTube pon takde. Terlepas hari ni, tunggu minggu depan. Jom imbau balik kartun yang buat anak-anak millennial Malaysia dulu setia mengadap TV, siap hafal channel dan waktu tau.

Si kucing robot dari masa depan ni memang legend. Poket ajaib Doraemon buat kita berangan nak alat pelik-pelik tu dalam kehidupan sebenar. Nobita selalu malang, tapi tetap disayang.

Selain ayat “dengan kuasa bulan, akan menghukummu” yang terngiang-ngiang sampai sekarang, yang paling melekat dalam ingatan mestilah hero lelaki yang muncul lambat-lambat, baling bunga ros putih, lepas tu hilang. Ya, Tuxedo Mask. Ikonik.

Kartun ni kalau tak silap time petang (time-time magrib tu).
Kartun yang buat mak ayah bebel tapi kita tetap tengok. Mulut Shinchan, perangai dia, semua lain macam. Tapi entah kenapa, melekat.

Ini legend tahap dewa. Ramai siap kumpul komik. Kisah anak-anak Sidek, badminton, disiplin, dan semangat , kartun yang buat kita bangga jadi orang Malaysia.

Kartun kampung yang dekat dengan jiwa. Budak-budak, basikal, kenakalan, persahabatan. Simple tapi real. Rasa macam tengok kehidupan sendiri.

Watak Mat & Ana anak kampung yang lalui semua sama macam kita dulu, memang mengimbau kenangan. Adaptasi karya Lat. Suasana kampung, adab, keluarga memang buat kita tenang dan tersenyum sendiri.

Superhero tempatan dari hospital mental. Gelap sikit, pelik sikit, tapi sangat unik. Antara kartun tempatan paling diingati sampai sekarang. Siapa ingat lagi lagu dia?
Kartun zaman dulu ajar kita sabar menunggu jam berdetik ke waktu siaran, menunggu lagu intro habis, menunggu hari esok kalau episod hari ini terlepas. Tak ada butang skip, tak ada on-demand. Kalau terlepas, kita belajar terima. Dari situlah datangnya rasa menghargai.
Ia juga ajar kita disiplin dengan masa. Kita hafal jadual TV lebih baik daripada jadual sekolah. Tahu bila kena mandi cepat, bila kena siap-siap, bila tak boleh keluar main sebab “kartun nak mula”. Rutin kecil ini tanpa sedar membentuk cara kita mengurus masa, walaupun ketika masih kanak-kanak.
Paling penting, kartun dulu ajar kita nikmati sesuatu secara perlahan. Kita ketawa pada babak yang sama, dengar lagu tema sampai habis, dan bercakap tentang episod itu berhari-hari. Bukan ditelan sekaligus, tapi dirasai sedikit demi sedikit. Setiap episod ada nilainya sendiri.
Sebab itu kartun zaman dulu bukan sekadar hiburan. Ia adalah memori kolektif anak-anak millennial Malaysia ,memori duduk bersila depan TV, lantai sejuk, bunyi kipas, suara mak dari dapur, dan rasa dunia ini masih sederhana. Rindu itu bukan semata-mata pada kartun, tapi pada cara hidup yang lebih sederhana.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.