Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengspotlite_master

EV vs Petrol: Bila Dompet, Otak & Hati Gaduh Serentak

Dua-dua ada pro dan drama sendiri. Jom bincang versi orang awam supaya kurang pening buat pilihan...

Zaman sekarang nak beli kereta bukan lagi benda mudah. Dulu senang. Ada duit sikit, beli kereta petrol, jalan. Sekarang? Otak terus jadi jam, hati memberontak, dompet membebel… sebab muncul soalan maut, “nak beli EV atau petrol?” Yang satu nampak moden, yang satu pula nampak biasa tapi dipercayai sejak azali.

Jom bincang sama-sama, versi orang awam yang tak nak pening sangat.

EV: Nampak canggih, vibe orang kaya (walaupun ansuran 9 tahun)

Kereta EV memang buat orang pandang dua kali. Senyap, smooth, tekan sikit terus melompat. Rasa macam teknologi masa depan, walaupun hakikatnya dompet tengah menangis senyap-senyap.

Kelebihan EV yang paling nyata ialah kos harian. Cas elektrik selalunya jauh lebih murah daripada petrol. Kalau ulang-alik kerja bandar ke bandar, memang rasa jimat. Tambahan pula, EV tak keluarkan asap. Alam sekitar pun senyum je dan kita pun boleh rasa bangga macam menyumbang kepada dunia

Kerajaan pun ada beri insentif. Atas kertas, nampak macam “ok lah, boleh tahan”.

Tapi… EV ni jenis yang kena rajin berfikir. Nak jalan jauh, kena fikir: “Eh, charger ada tak dekat sana?” Cas pula bukan 5 minit. Kalau charger biasa, boleh siap mandi, makan, tidur sikit, bangun baru penuh. Fast charger ada, tapi tak semua tempat.

Bab bateri pula, ia akan merosot. Kos tukar memang mahal tapi jangan terus panik. Kebanyakan EV ada warranty bateri 8 hingga 10 tahun. Jadi masalah itu bukan esok terus kena jual buah pinggang.

Kereta petrol: tak nampak fancy, tapi setia

Kereta petrol pula macam kawan lama. Tak banyak drama. Nak jalan jauh? Isi minyak dan terus gerak. Stesen minyak ada merata, tak perlu buat perancangan macam nak pergi misi rahsia.

Harga kereta petrol juga lebih mesra poket. Servis pun senang, bengkel ada di setiap simpang. Apa-apa bunyi pelik, semua mekanik boleh tolong diagnose tanpa buka tutorial di YouTube.

Cuma kekurangannya, kos petrol boleh buat kita termenung bila tengok resit. Harga minyak naik turun, dan bila jam, petrol pun terbakar tanpa ke mana-mana. Servis pula lebih kerap sebab banyak komponen bergerak. Alam sekitar? Ya, bumi memang tak begitu gembira.

Jujur dengan diri dulu, lepas tu tepuk dada

Kalau anda jenis ulang-alik dekat, suka benda moden dan sanggup merancang sikit, EV memang berbaloi untuk jangka masa panjang.

Kalau anda jenis tak nak fikir banyak pula, selalu drive jauh dan nak hidup tenang tanpa applikasi cari charger, petrol masih pilihan selamat.

Tak salah utuk buat keputusan apa sekali pun. Yang penting jujur dengan gaya hidup sendiri. Kereta ni kita guna bertahun-tahun, bukan untuk impress orang lain tapi untuk mudahkan hidup kita sendiri.

Movie gif. Alicia Silverstone as Cher in Clueless squints one of her eyes and looks up, tilting her head as if saying she doesn’t know.
Mana satu ek?

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.