Dengar playlist penuh di sini
.
Sekarang makin ramai affiliate atau influencer yang tidak jujur bila mempromosikan produk, terutamanya produk penjagaan kulit. Kulit sudah jelas melalui rawatan mahal di klinik, beribu-ribu ringgit nilainya, tetapi bila buat marketing content, yang disebut hanyalah produk A, produk B, seolah-olah itulah punca utama kulit jadi cantik dan glowing.

Tak salah nak pon ambik rawatan dan guna produk. Rawatan sah sah bagi kesan cepat dan ketara. Produk pula lebih kepada menjaga dan mengekalkan hasil rawatan tu. Tetapi bila perkara ini disembunyikan, followers akan percaya bahawa dengan kos yang rendah, guna produk semata-mata boleh bagi hasil yang sama. Kesian tau bagi fake hope!
Ramai orang biasa yang lurus dan naif. Tak semua orang tahu tentang laser, skin booster, facial premium, atau rawatan estetik lain. Mereka beli produk dengan harapan tinggi, mengharapkan kulit mereka boleh berubah seperti influencer tersebut. Ada yang simpan duit berbulan-bulan nak beli produk, ada yang potong perbelanjaan penting, dan akhirnya kecewa bila hasil tidak seperti dijanjikan. Yelah produk je mana cukup, mesti kena buat rawatan dulu.
Bila dah jadi macam ni, yang dipersoalkan selalunya diri sendiri. Kulit sendiri dianggap bermasalah. Sedangkan sebenarnya, yang tukang promote tu tak jujur.
Dalam marketing, tak salah pon nak cakap benda betul, tak perlu menipu, jadi the most trusted source lagi bagus.
Cukup sekadar mengaku pernah buat rawatan, kemudian jelaskan bahawa produk digunakan untuk membantu mengekalkan atau menyokong hasil tersebut. Itu jauh lebih beretika. No false marketing.
Masalahnya, ada yang terlalu kejar jualan dan komisen sehingga lupa empati. Harapan orang lain, duit orang lain, dan kepercayaan orang lain dikorbankan demi angka jualan.
Influencer mempunyai pengaruh yang besar. Dengan pengaruh itu datang tanggungjawab. Ingat, cantik semata-mata tak cukup, tapi jadilah seorang yang jujur. Kejujuran dalam berkongsi pengalaman kecantikan sebenarnya mampu membina hubungan yang lebih sihat antara influencer dan audiens. Apabila content disampaikan dengan jujur, orang ramai boleh membuat pilihan yang lebih realistik dan sesuai dengan kemampuan serta keperluan masing-masing. Tidak semua orang mengejar hasil yang sempurna, tetapi semua orang menghargai kejujuran. Dengan pendekatan yang lebih telus, industri kecantikan boleh berkembang secara lebih matang dan bertanggungjawab. Influencer bukan sekadar wajah promosi, tetapi suara yang membentuk persepsi dan keyakinan orang lain. Bila ada kepercayaan, sokongan akan datang dengan lebih ikhlas, dan impaknya akan bertahan lebih lama daripada sekadar satu jualan atau satu kempen.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.