Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengsihat_master

Rokok vs Vape: Mana Satu Sebenarnya Lebih Membunuh?

Tidak ada produk tembakau atau nikotin yang selamat sepenuhnya. Pilihan terbaik adalah tidak merokok dan tidak vape langsung...

Rokok dan vape sama-sama menjadi pilihan orang dewasa dan remaja tetapi adakah kita benar-benar tahu perbezaannya? Lebih penting lagi mana yang lebih berisiko kepada kesihatan?

Apa itu vape dan rokok?
cigarette, stack, ash, smoking, tobacco, nicotine, pile, addictive, dependency, cigarette, cigarette, cigarette, cigarette, cigarette, smoking, smoking, smoking, smoking, tobacco, tobacco

Rokok ialah tembakau yang dibakar untuk dihisap. Asap yang terhasil mengandungi lebih 7,000 bahan kimia, termasuk nikotin, tar, karbon monoksida dan bahan lain yang boleh mneyebabkan kanser . Asap ini bukan sahaja memberi kesan kepada paru-paru perokok tetapi juga kepada orang sekeliling.

vape, electronic cigarette, uwell, tekken, vaping, host, atomizer, lifestyle, fancier, ironfist, nunchaku, vape, vape, vape, vape, vape, vaping

Vape pula menggunakan cecair elektronik yang dipanaskan menjadi wap. Cecair ini biasanya mengandungi nikotin, perisa dan bahan kimia lain. Vape tidak membakar tembakau jadi ia tidak menghasilkan tar dan karbon monoksida dalam jumlah yang sama seperti rokok.

Perbezaan dari segi risiko kesihatan

Secara umum vape dianggap kurang berbahaya berbanding rokok kerana ia mengeluarkan lebih sedikit bahan karsinogenik (pencetus kanser). Kajian menunjukkan bahawa risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung lebih tinggi pada perokok berbanding pengguna vape.

Namun vape bukan selamat sepenuhnya. Cecair vape mengandungi nikotin, bahan kimia seperti formaldehid dan acrolein serta logam berat daripada coil peranti. Nikotin boleh menyebabkan ketagihan, meningkatkan tekanan darah dan memberi kesan buruk kepada perkembangan otak remaja. Beberapa kes juga menunjukkan vape boleh menyebabkan kerosakan paru-paru serius, dikenali sebagai EVALI (E-cigarette or Vaping Associated Lung Injury).

Vape tidak sesuai untuk anak-anak dan remaja

Salah satu masalah utama ialah vape mudah didapati dalam pelbagai perisa menarik seperti buah, coklat atau aiskrim. Ini membuatkan remaja dan kanak-kanak tertarik walaupun mereka belum cukup matang untuk membuat keputusan tentang ketagihan. Nikotin boleh menjejaskan perkembangan otak dan fungsi kognitif pada remaja termasuk memori dan kemampuan membuat keputusan.

Rokok masih lebih bahaya dalam jangka panjang

Rokok terus menjadi penyebab utama penyakit paru-paru kronik, kanser, penyakit jantung, dan strok. Risiko kematian akibat penyakit berkaitan rokok jauh lebih tinggi berbanding pengguna vape. Namun bagi perokok tegar yang cuba berhenti, beralih kepada vape mungkin membantu mengurangkan beberapa risiko.

Apa kata pakar?

Pakar kesihatan menekankan bahawa tidak ada produk tembakau atau nikotin yang selamat sepenuhnya. Pilihan terbaik adalah tidak merokok dan tidak vape langsung terutama bagi remaja dan kanak-kanak. Bagi perokok dewasa yang ingin berhenti, vape boleh menjadi alat sementara tetapi ia mesti disertai dengan program berhenti merokok dan pemantauan perubatan.

So…..
  • Rokok: Lebih banyak bahan karsinogenik, risiko penyakit kronik tinggi.
  • Vape: Kurang karsinogenik, tetapi masih mengandungi nikotin dan bahan berbahaya.
  • Kanak-kanak dan remaja: Kedua-duanya berisiko, vape lebih mudah menarik minat mereka melalui perisa dan trend.

Walaupun vape mungkin kurang berbahaya daripada rokok, ia bukan pilihan selamat. Perlindungan terbaik adalah elak kedua-duanya dan jangan biarkan anak-anak terjebak dalam ketagihan nikotin sejak awal.

So anda pilih nak mati cepat dengan cara yang mana satu?

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.