Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengretro_master

Gen Z Lain Cara Dia, Millennials Lain Pulak Gayanya

Millennials masih ada mode formal. Email lengkap dengan ayat penuh dan tanda noktah sempurna. Gen Z lebih santai. Short text, emoji, voice note.

Kalau perhati betul-betul, beza Millennials dan Gen Z ni bukan sekadar umur. Ia beza cara dibesarkan, cara melihat dunia, dan cara mereka respon atau bertindak balas dengan tekanan hidup.

Millennials membesar dalam fasa peralihan. Mereka sempat rasa hidup tanpa internet laju. Mereka kenal bunyi dial-up, SMS berbayar, dan zaman awal Facebook yang penuh status panjang berjela. Mereka belajar adapt, dari analog ke digital, dari cara kerja lama ke sistem online. Sebab tu ramai Millennials jenis tahan lasak. Stress kerja? lama dorang boleh bertahan. OT? Biasalah tu. Loyal pada company walaupun kadang tak dihargai, awch.

Gen Z pula lahir ketika dunia sudah fully digital. WiFi bukan lagi dianggap satu kemewahan. Media sosial bukan trend, tapi sebahagian daripada keperluan. Platform macam TikTok bukan sekadar hiburan, tapi tempat belajar skill, bina personal brand, malah tempat jana income. Mereka lebih laju dalam segala hal, lebih simple, dan lebih direct. Kalau tempat kerja toxic, mereka tak fikir panjang, mereka cepat-cepat resign. Bagi mereka, kesihatan mental lebih penting daripada impress orang atasan dan tak fikirkan stability.

Millennials kadang nampak Gen Z macam terlalu sensitif atau manja. Gen Z pula rasa Millennials terlalu sabar sampai sanggup bertahan dalam keadaan yang tak sihat. Hakikatnya, kedua-duanya cuma bertindak berdasarkan pengalaman hidup masing-masing.

Dari segi komunikasi pun jelas berbeza. Millennials masih ada mode formal. Email lengkap dengan ayat penuh dan tanda noktah sempurna. Gen Z lebih santai. Short text, emoji, voice note. Kadang satu meme dah cukup untuk sampaikan mesej. Bukan sebab tak serious, tapi sebab mereka dibesarkan dalam budaya komunikasi pantas.

Bab media sosial pula menarik. Millennials dulu share hampir semua benda, gambar makan, lokasi bercuti, update relationship. Gen Z nampak lebih exposed, tapi sebenarnya ramai lebih menjaga boundaries. Mereka aware tentang digital footprint. Mereka tahu apa yang post hari ni boleh muncul balik bertahun-tahun kemudian.

Isu mental health pun memperlihatkan jurang yang jelas. Millennials antara generasi awal yang mula bercakap tentang burnout dan anxiety secara terbuka. Gen Z pula pergi lebih jauh. Mereka normalize terapi, boundaries, dan self-care tanpa rasa bersalah. Mereka tak anggap ia satu kelemahan.

Tapi sebenarnya, ini bukan soal siapa lebih matang atau siapa lebih betul. Dunia hari ini perlukan kedua-duanya. Millennials ada pengalaman dan daya tahan. Gen Z ada keberanian untuk ubah norma yang tak sihat.

Daripada saling label dan perli, mungkin lebih baik saling belajar. Sebab beza 5 atau 10 tahun tu taklah jauh mana. Yang membezakan cuma cara dunia membentuk kita.

Dan bila dua generasi ni faham satu sama lain, mungkin kita boleh bentuk society yang lebih strong.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.