Dengar playlist penuh di sini
.
Sekarang ni, makin ramai rasa bangga bila status dia paling pedas. Lagi ramai orang share, lagi dia rasa menang. Lagi ramai gelak, lagi dia rasa hebat. Kononnya “aku cakap benda betul je.” Tapi hakikatnya, kita tengah normalize satu benda yang tak sihat , iaitu cyberbully dan budaya kecam.
Masalahnya, dunia media sosial ni bukan gelanggang gusti. Bukan siapa paling kuat hentam, dia paling power. Ramai yang rasa diri tu keyboard warrior, bila dia lantang maksudnya dialah yang paling berani orang laing pengecut. Hakikatnya, berani sebab sembunyi belakang skrin je pon. Cuba cakap benda sama depan-depan? Cuba baca apa yang anda tulis tu kuat-kuat, memang macam tu ke cara anda bercakap bila berdepan dengan orang?
Platform macam Facebook, Instagram dan TikTok memang bagi ruang untuk semua orang bersuara. Tapi bila suara tu digunakan untuk menjatuhkan orang lain, untuk cakap benda memalukan, itu bukan kebebasan bersuara, itu dah dikira menyakiti orang lain. Dan secara tak lansung, komen anda tu pon boleh menjatuhkan maruah anda sendiri, bayangkan anda sebenarnya seorang bapa, ibu, atau seorang yang disegani di pejabat. Tiba-tiba nampak komen memalukan diri sendiri ni, apa tanggapan orang pada anda? Betul, anda komen yang kononnya menegur, tapi tak semestinya kecam beramai-ramai di media sosial.
Cyberbully ni bukan sekadar komen “eh gemuklah” atau “bodohnya.” Kadang ayat lebih halus, tapi tetap tajam. Sindiran, sarcasm, quote yang pura-pura deep tapi sebenarnya menghina. Kita rasa kecil je benda tu. Tapi pada orang yang terima? Dia mungkin baca berulang kali sebelum tidur. Dia mungkin fikir berhari-hari.
Yang paling scary, ada yang jadikan skill mengecam ni macam satu pencapaian. Siap ada followers sebab “mulut tak ada insurans.” Bangga digelar savage. Bangga bila orang takut nak post sebab takut dia komen. Itu bukan influence. Itu intimidasi.
Kita selalu lupa, setiap akaun tu ada manusia sebenar di belakangnya. Ada emosi. Ada keluarga. Ada mental health yang tak kita nampak. Kita nampak satu post je, tapi kita tak tahu apa yang orang tu tengah lalui. Mungkin dia dah penat, dah tertekan, dan komen kita jadi straw terakhir.
Lebih ironik, ramai yang kecam atas nama “nak bagi pengajaran.” Tapi cara tu sendiri tak beradab. Nak betulkan orang tak semestinya kena malukan. Nak tegur tak perlu viral-kan. Dan ada juga yang gunakan bahasa yang tak beradab, tanpa sedar dah macam sexual harassment , komen macam dialah bagus, tapi sebenarnya, dia baru je bagitau betapa rendahnya mentaliti dia, memalukan.

Kalau betul kita hebat, hebatlah dengan karya. Dengan idea. Dengan akhlak. Bukan dengan jumlah orang yang kita berjaya jatuhkan hari tu.
Dan jangan lupa, digital footprint tu wujud. Apa yang kita tulis hari ni boleh muncul balik lima tahun akan datang. Masa tu mungkin kita dah berubah, dah matang. Tapi screenshot tak pernah lupa.
Budaya kecam ni sebenarnya lahir dari satu benda , rasa nak rasa superior. Bila kita hina orang lain, kita rasa tinggi sikit. Self-worth yang sebenar tak datang dari merendahkan orang tau, kena ingat tu.
Media sosial sepatutnya jadi tempat connect, bukan tempat compete siapa paling kejam. Kalau tak suka, scroll. Kalau tak setuju, bincang elok-elok. Kalau marah, ambil masa. Tak semua benda perlu respon. Tak semua benda perlu jadi content.
Jadi, sebelum rasa bangga sebab komen kita paling pedas dan paling viral, tanya diri sikit – kalau ayat sama orang tujukan pada kita atau keluarga kita, kita boleh tahan tak?
Hebat bukan bila orang takut dengan kita. Hebat bila orang rasa selamat dengan kehadiran kita.
Cyberbully bukan badge of honor. Ia cuma tanda kita belum belajar jadi manusia yang lebih besar dari ego sendiri.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.