Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengspotlite_master

Tanam Rambut: Fenomena Artis Yang Semakin Jadi Kegilaan

Satu persatu folikel rambut ditanam ke kawasan kosong. Memang nampak ada darah tapi ini normal dan cepat berhenti...

Dulu rambut menipis atau botak memang isu besar terutamanya bagi artis yang sentiasa menjadi tumpuan umum. Semua orang nak nampak glamor, jadi tak hairan ramai yang kini pilih unutk ‘tanam rambut’ bagi mengembalikan keyakinan dan penampilan.

Tapi ramai yang takut bila dengar prosedur ni. Takut darah, takut sakit, takut nanti nampak pelik. Sebenarnya, kalau tahu prosesnya, ia taklah seram sangat.

Serba Sedikit Tentang Proses Tanam Rambut
  1. Kawasan donor diambil – Doktor akan ambil folikel rambut daripada bahagian kepala yang masih penuh rambut (biasanya belakang kepala). Setiap folikel dicabut satu persatu dengan alat halus. Ada rasa sedikit sengal tapi biasanya pakai bius jadi tak begitu sakit.
  2. Persiapan kawasan botak / menipis – Kawasan yang nak ditanam dibersihkan, dan doktor buat “lubang-lubang kecil” untuk tanam folikel. Jangan risau, lubang ni kecil bukan macam lubang besar pun.
  3. Penanaman folikel – Satu persatu folikel rambut ditanam ke kawasan kosong. Memang nampak ada sedikit darah tapi ini normal dan cepat berhenti. Kebanyakan prosedur menggunakan teknik FUE (Follicular Unit Extraction) jadi hasilnya sangat natural, ikut arah rambut sedia ada.
  4. Selepas prosedur – Kepala mungkin merah sikit dan ada kulit yang rasa sensitif selama beberapa hari. Doktor biasanya bagi ubat sapu dan tips penjagaan rambut supaya folikel yang baru ditanam tumbuh dengan sihat. Dalam beberapa bulan, rambut mula tumbuh dan hasilnya nampak natural.

Yang menarik, ramai artis tak segan kongsi pengalaman ni dari sebelum dan selepas, tip penjagaan rambut, sampai tahap “wow, nampak semula jadi gila!”. Trend ni bukan sekadar tentang penampilan tapi boost keyakinan diri. Bila rambut penuh dan sihat, aura lebih positif, mood pun lebih baik.

Selain itu, fenomena tanam rambut menunjukkan masyarakat kini lebih terbuka dengan rawatan estetik. Orang semakin sedar bahawa menjaga penampilan bukanlah perkara memalukan atau sekadar glamor ia juga boleh meningkatkan keyakinan mental dan emosi.

Kalau dulu, rambut menipis sering buat orang stres, sekarang teknologi moden dan prosedur selamat memberi pilihan baru. Tapi harus diingat tanam rambut bukan magic. Masih perlukan penjagaan selepas prosedur, pemakanan sihat dan gaya hidup seimbang supaya hasil lebih tahan lama.

Kesimpulannya, trend tanam rambut yang ramai artis buat sekarang bukan sekadar ikut glamor. Ia gabungan teknologi moden, keyakinan diri dan kesedaran tentang penampilan. Untuk mereka yang berdepan masalah rambut, ia mungkin satu pilihan yang memberi hasil semula jadi dan memulihkan keyakinan.

Datuk Rosyam Nor antara artis yang melakukan prosedur tanam rambut.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.