Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengsihat_master

Ginkgo Biloba Boleh Buat Otak Genius Macam Albert Einstein?

Kalau tidur malam tak cukup, nasi lemak 3 kali sehari, duduk depan komputer 12 jam tanpa senaman, Ginkgo pun tak boleh buat magic.
Pokok Ginkgo Biloba adalah salah satu spesies pokok hidup tertua di dunia

Bayangkan bila amalkan Ginkgo Biloba, otak terus jadi macam super komputer. Semua memory tajam, fokus macam laser dan kreativiti melimpah-ruah. Realitinya… tak semudah tu tapi memang power kalau guna betul!

Ramai je yang dah lama tau manfaat Ginkgo Biloba dan dah biasa amalkan. Result? Haha, memang rasa sedikit alert, tak mudah mengantuk masa meeting. Tapi jangan expect terus ingat nombor kad kredit orang lain ke atau hafal skrip drama Melayu 90-an tanpa latihan.

Apa sebenarnya Ginkgo Biloba buat pada otak?

Ginkgo ni herba yang dah digunakan beratus tahun di Asia. Kelebihannya adalah membantu lancarkan aliran darah ke otak, bagi lebih oksigen dan nutrien sampai. Bila otak dapat supply cukup, fikiran rasa lebih segar, fokus lebih tajam, mood pun tak mudah melayang. Ada kajian kata ia bantu memori jangka pendek dan “protect” sel otak daripada radikal bebas.

Jangan harap magic kalau gaya hidup ke laut

Tapi ada tricknya. Jangan harap Ginkgo buat semua masalah otak hilang. Kalau tidur malam tak cukup, makan nasi lemak 3 kali sehari, duduk depan komputer 12 jam tanpa senaman Ginkgo pun tak boleh buat magic. Ia cuma booster, macam kopi atau powerbank untuk telefon. Bantu sikit, tapi kalau bateri utama tak dijaga, habis jugalah power.

Booster otak bukan ubat jadi genius

Yang kelakarnya, ramai ambil Ginkgo sebab nak fokus kerja, belajar atau buat projek kreatif. Ada yang rasa “otak macam turbo” sebab boleh brainstorm idea macam pro. Tapi hakikatnya, kalau mental malas, otak tetap slow juga. Jadi ia lebih kepada bantu otak perform dengan lebih efisien bukan ubat genius instant.

Pilih produk betul, jangan main telan

Satu lagi tip penting adalah pilih produk berkualiti. Jangan main beli murah-murah dekat pasar malam. Dos yang tinggi atau produk tak jelas boleh bagi side effect seperti sakit kepala, pening atau perut rasa tak sedap. Kalau nak ambil secara konsisten, lebih baik rujuk doktor atau pakar nutrisi dulu. Safety first.

Sahabat otak, bukan jalan pintas

Sejujurnya, Ginkgo Biloba memang ada power untuk otak tapi bukan magic. Ia bantu fokus, memori dan kesihatan sel otak tapi masih perlu gabungkan dengan gaya hidup sihat, tidur cukup, makanan berkhasiat dan minda aktif. Otak turbo pun perlukan “fuel” lain untuk jalan lancar.

Jadi kalau kau nak cuba Ginkgo, jangan harap terus jadi genius overnight. Ambil sebagai ‘sahabat otak’, bukan shortcut. Dengan disiplin dan herba power ni, otak kita boleh jadi lebih cergas, kreatif dan alert ..cukup untuk survive dunia kerja, rumah tangga dan drama media sosial.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.