Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengapasaja_master

Nampak Real? Ini Panduan Asas Kenal Helah Video AI

AI bukan jahat, tapi bila disalah guna, kesannya besar terutamanya kepada mereka yang tak biasa dengan teknologi.

Sekarang ni, buka telefon je… ada video tular macam “kena terkam buaya”, “harimau muncul dekat kampung”. Semua nampak real, sampai ramai yang tertipu. Selain tu, ada video orang bercakap lancar, muka real, suara jelas tapi rupanya AI.

Masalahnya, bukan semua orang mengikuti perkembangan teknologi. Golongan orang tua, mak ayah kita, pakcik makcik di WhatsApp group atau sesiapa yang tak biasa dengan dunia ICT memang mudah terpedaya. Sekali percaya, terus kongsi. Dari situlah fitnah boleh merebak tanpa sedar.

Video AI hari ni bukan macam dulu yang nampak kartun. Sekarang ni AI dah pandai tiru muka, suara, gaya bercakap sampai kita sendiri pun tak boleh nak ragu.

Jadi macam mana nak kenal pasti secara basic sama ada sesuatu video atau gambar itu AI atau betul?

1. Perhatikan wajah… terlalu “sempurna”

AI suka buat muka yang terlalu cantik, terlalu licin, terlalu simetri. Kulit nampak mulus tanpa pori, garis senyuman kadang pelik atau ekspresi muka nampak kaku walaupun mulut bergerak.

Manusia sebenar ada:

  • kedut halus
  • gerakan muka tak seimbang
  • perubahan emosi yang natural

Kalau muka nampak macam patung hidup, wajib syak itu AI heheehe.

2. Mata dan bibir selalu ‘kantoi’

Ini antara tanda paling senang dikesan.

  • Mata kurang berkelip atau berkelip yang nampak pelik
  • Pandangan mata tak fokus
  • Gerakan bibir tak seiring betul dengan suara

Kadang-kadang suara sedap tapi bibir macam lambat setengah saat. Itu red flag besar.

3. Dengar betul-betul nada suara

Suara AI sekarang memang makin canggih, tapi:

  • intonasi kadang terlalu flat
  • emosi tak sampai
  • bunyi ‘clean’ tahap luar biasa punya.

Kalau orang tengah marah, sedih atau teruja tapi suara macam baca skrip, itu patut diragui.

4. Latar belakang nampak pelik

Cuba tengok sekeliling video:

  • tangan tiba-tiba berubah bentuk
  • cermin tak memantulkan imej dengan betul
  • objek belakang bergerak pelik atau blur secara tak konsisten

AI selalu fokus muka, tapi cuai bahagian lain.

5. Tanya soalan paling simple: sumber dari mana?

Ini langkah paling penting.

  • Siapa yang muat naik?
  • Akaun lama atau baru?
  • Ada media rasmi laporkan ke?

Kalau jawapannya cuma, “Entah, orang WhatsApp hantar”..itu belum cukup kuat untuk percaya.

6. Jangan terus kongsi walaupun nampak ‘real’

Ini kesilapan paling biasa. Kita kongsi sebab:

  • terkejut
  • marah
  • simpati
  • kasihan

Padahal, satu video AI boleh:

  • rosakkan nama orang
  • cetuskan salah faham
  • buka pintu fitnah besar

Kalau ragu, berhenti setakat diri sendiri.

AI bukan jahat tapi disalah guna

Zaman sekarang, bukan semua yang kita lihat itu benar. AI bukan jahat, tapi bila disalah guna, kesannya besar terutamanya kepada mereka yang tak biasa dengan teknologi.

Ilmu paling asas bukan belajar buat AI tapi belajar untuk ragu secara sihat.

Kalau video buat kita terlalu emosi, terlalu terkejut, atau rasa terlalu ‘perfect’, tarik nafas dulu.
Mungkin itu bukan realiti, tapi hasil algoritma.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.