Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengsihat_master

Nanas: Buah Underrated Yang Sebenarnya Bukan ‘Biashe-biashe’

Pernah perasan tak, lepas makan berat macam daging, rendang, lauk berminyak, orang tua-tua selalu hulur nanas?

Kalau sebut nanas, ramai terus teringat dua benda iaitu masam-manis dan pedih lidah. Ada yang suka, ada yang trauma sebab pernah makan terlalu banyak sampai mulut rasa kebas. Tapi sebenarnya nanas ni antara buah yang paling “underrated”.

Orang selalu fikir nanas sekadar buah potong tepi jalan. Hakikatnya, dia simpan banyak khasiat yang ramai tak ambil kisah.

Makan Lepas Kenduri, Perut Rasa Lega

Pernah perasan tak, lepas makan berat macam daging, rendang, lauk berminyak, orang tua-tua selalu hulur nanas? Itu bukan suka-suka.

Nanas ada enzim dipanggil bromelain yang bantu hadam protein. Ringkasnya, ia tolong perut kita buat kerja dengan lebih lancar. Sebab itu ada orang rasa kurang kembung dan lebih selesa lepas makan nanas.

Bukan magik. Cuma badan dapat bantuan sikit.

Lenguh-Lenguh Badan Pun Boleh Kurang

Bromelain ni bukan setakat pasal perut. Ia juga dikaitkan dengan kesan anti-radang. Sebab tu ada orang yang aktif, banyak bergerak atau selalu lenguh, suka masukkan nanas dalam diet harian.

Bukan untuk sembuhkan sakit tapi untuk bantu badan pulih secara semula jadi.

Imuniti Pun Dapat Bonus

Nanas kaya dengan vitamin C. Bila imuniti kuat, badan lebih bersedia lawan jangkitan, selesema dan keletihan. Tambah pula cuaca yang tak menentu, buah macam ni memang berguna.

Tak perlu tunggu sakit baru nak cari vitamin.

Kulit dan Penyembuhan Luka

Vitamin C juga penting untuk pembentukan kolagen. Benda yang bantu kulit kekal sihat dan proses penyembuhan jadi lebih baik. Sebab itu nanas sering dikaitkan dengan kulit nampak lebih segar.

Tapi jangan salah faham, makan sekali bukan terus glowing. Ini cerita konsisten, bukan instant.

Sesuai Untuk Yang Jaga Berat Badan

Nanas rendah kalori, tinggi air dan ada serat. Ia buat kita rasa kenyang tanpa perlu snek manis berlebihan. Sebab itu nanas selalu jadi pilihan untuk yang nak kawal berat badan tapi masih nak makan sedap.

Cuma satu je.. jangan berlebihan. Apa-apa pun, sederhana itu kunci.

Kenapa Mulut Rasa Pedih Lepas Makan Nanas?

Ini soalan popular. Sebenarnya enzim ni boleh “mengganggu” lapisan mulut bila makan nanas segar terlalu banyak terutamanya nanas muda.

Tip ringkas:

  • jangan makan terlalu banyak
  • elakkan nanas yang terlalu muda
  • boleh rendam sekejap atau masak sedikit
Buah yang humble

Nanas bukan buah glamour. Tapi dia buat kerja senyap-senyap. Bantu perut, sokong imuniti, jaga badan dari dalam.

Kadang-kadang, benda yang kita selalu pandang biasa itulah yang paling banyak fungsi.

Dan nanas?
Dia memang buah yang tak bising tapi berguna.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.