Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengspotlite_master

Adab Balik Kampung: Cara Bijak Bawa Diri di Rumah Mentua

Kahwin pandai, tetapi bab menyesuaikan diri (adapt) nampaknya masih di tahap kanak-kanak. Grow up and be an adult.

Kepulangan pertama ke rumah keluarga mentua sempena musim perayaan sering kali menjadi momen yang mendebarkan. Namun, belakangan ini timbul isu di mana ada segelintir individu mula merungut atau merasa kecewa apabila menu kegemaran mereka seperti rendang tiada di meja hidangan pagi raya rumah mentua. Sebagai orang dewasa yang sudah berani melangkah ke alam perkahwinan, sikap merengek sebegini adalah tanda mentaliti yang belum cukup matang.

Anda Bukan Kanak-Kanak Yang Balik Nak Kumpul Duit Raya Lagi

Apabila kita menyebut tentang “partner,” kita refer dia kat sini as suami atau isteri anda yang sah. Secara automatik, anda kini adalah sebahagian daripada keluarga besar mereka. Anda bukan lagi tetamu luar yang perlu dilayan seperti raja, tetapi ahli keluarga yang seharusnya menyumbang tenaga dan keharmonian isi rumah.

Bertanya dengan nada kecewa atau menunjukkan wajah frustrated hanya kerana ketiadaan menu tertentu bukan sahaja menunjukkan anda kurang beradab, tetapi mempamerkan kegagalan anda untuk berfikir secara kritikal. Kahwin pandai, tetapi bab menyesuaikan diri (adapt) nampaknya masih di tahap kanak-kanak. Grow up and be an adult.

Jadilah Penyelesai Masalah, Bukan Pengkritik

Seorang individu yang mempunyai critical thinking tidak akan duduk diam dan meratap. Sebaliknya, mereka akan mencari solusi. Jika anda tahu di kampung pasangan tidak menyediakan rendang seperti di rumah ibu bapa anda sendiri, ambillah inisiatif!

  • Masak Bersama: Cadangkan kepada ibu mentua untuk menambah menu rendang dan tawarkan diri untuk mencari bahan serta memasaknya di sana. Ini adalah ruang terbaik untuk anda merapatkan hubungan (bonding) di dapur.
  • Bawa Bekalan Frozen: Jika anda segan atau tidak berani beraksi di dapur orang lain, masaklah siap-siap di rumah sendiri. Bekukan dan bawa ke kampung sebagai menu tambahan. Pagi raya nanti, hanya perlu panaskan.

Inisiatif sebegini menunjukkan anda seorang menantu yang pandai membawa diri. Ibu mentua pasti akan merasa bangga dan dihargai kerana anda membawa “kelainan” yang positif ke dalam keluarga mereka, bukannya membawa beban emosi.

Henti Merentan, Belajar Menghargai

Cukup-cukuplah merentan di media sosial hanya kerana isu remeh sepinggan rendang. Perkahwinan memerlukan kematangan untuk menerima perbezaan budaya dan tradisi keluarga yang baru kita sertai.

Dunia ini tidak berputar di sekeliling kehendak anda sahaja. Belajarlah untuk menghargai apa yang ada. Mungkin ketiadaan rendang itu diganti dengan juadah lain yang menjadi tradisi turun-temurun keluarga pasangan anda. Hormati tradisi itu sebagaimana anda mahu orang lain menghormati tradisi anda.

Jadilah dewasa yang pandai menggunakan akal. Kematangan anda bukan diukur pada usia perkahwinan, tetapi pada sejauh mana anda mampu mengawal emosi dan menjadi ejen penyatu dalam keluarga besar.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.