Dengar playlist penuh di sini
.

Pernah tak tidur sebelah seseorang, tiba-tiba dengar bunyi “krrrk… krrrk…” dari mulut dia? Mula-mula ingat mimpi. Sekali dengar betul-betul. Lahhhhh, dia tengah ketap gigi.
Ramai anggap benda ni biasa. “Alah, habit je kot.”
Hakikatnya, itu mungkin tanda bruxism. Keadaan di mana pergeseran gigi berlaku tanpa sedar, selalunya ketika tidur.
Nampak macam tak bahaya. Tapi sebenarnya, kesannya boleh jadi lebih serius daripada yang kita sangka.
Bila seseorang kerap berlaga atau mengetap gigi, tekanan pada gigi dan rahang jadi sangat tinggi. Lama-kelamaan, gigi boleh jadi haus, retak malah ada yang sampai patah. Ada juga yang bangun pagi dengan rasa sakit pada rahang, kepala berat atau leher tegang tapi tak tahu puncanya.
Yang paling ramai tak sedar punca utama selalunya stres.

Ya, stres.
Tekanan kerja, masalah kewangan, kurang tidur, overthinking. Semua ni boleh ‘keluar’ dalam bentuk ketap gigi masa tidur. Siang nampak tenang tapi malam badan lepaskan tekanan dengan cara sendiri.
Sebab tu ada orang yang tak pernah ada masalah sebelum ni, tiba-tiba mula ada simptom bruxism bila hidup jadi lebih tertekan.
Selain stres, faktor lain termasuk:
Tapi yang paling common tetap stres dan keletihan.
Masalahnya, ramai tak sedar mereka ada tabiat ni. Biasanya orang lain yang tegur sama ada pasangan, ahli keluarga, atau kawan sebilik.
Dan bila dah sedar, keadaan mungkin dah agak teruk.
Bayangkan setiap malam, gigi bergesel kuat tanpa henti selama berjam-jam. Itu bukan tekanan kecil. Itu ibarat “mengisar” gigi sendiri tanpa kita sedar.
Jadi, apa boleh buat?
Pertama, jangan abaikan tanda awal.
Kalau bangun pagi rasa rahang sakit, gigi sensitif, atau kepala berat, itu mungkin petunjuk awal.
Kedua, urus stres.
Bunyi cliché, tapi ini paling penting. Cari cara lepaskan tekanan. Senaman, rehat cukup atau sekadar ambil masa untuk diri sendiri.
Ketiga, kurangkan kafein terutama waktu malam.
Kopi lewat malam mungkin buat kita segar tapi badan masih aktif bila tidur dan itu boleh trigger bruxism.
Keempat, jumpa doktor gigi jika perlu.
Dalam kes tertentu, doktor mungkin sarankan penggunaan mouth guard untuk lindungi gigi semasa tidur.

Bunyi gigi bergesel waktu tidur bukan sekadar ganggu orang sebelah. Ia mungkin tanda badan anda sedang ‘menjerit’ minta rehat.
Jangan tunggu sampai gigi rosak atau sakit jadi kronik baru nak ambil tindakan.
Kadang-kadang, masalah kecil waktu tidur sebenarnya petanda tekanan besar dalam hidup kita.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.