Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengapasaja_master

Potong Selera Betul Bila Orang Makan Berbunyi-bunyi Kan?

Adab makan seperti kunyah mulut tertutup nampak kecil tapi impaknya besar pada keselesaan dan selera orang sekeliling.

Pernah tak duduk makan dengan seseorang, tiba-tiba selera terus potong bukan sebab makanan tak sedap… tapi sebab bunyi krup krap cap cap yang terlalu jelas? Ya, kita tengah bercakap tentang satu adab yang nampak kecil tapi impaknya besar. Kenapa kita kena kunyah makanan dengan mulut tertutup?

Secara asasnya, adab makan ini bukan sekadar nampak sopan tetapi berkait rapat dengan kebersihan, keselesaan orang sekeliling dan juga imej diri kita sendiri.

Pertama sekali, bab kebersihan. Bila kita kunyah dengan mulut terbuka, ada risiko kecil makanan atau air liur tersembur keluar tanpa kita sedar. Mungkin kita rasa ala sikit je tapi bagi orang depan kita… itu dah cukup untuk hilang selera makan terus. Kita tak nampak tapi orang lain nampak. Dan ya, mereka simpan dalam hati saja.

Kedua, dari segi keselesaan orang lain. Bunyi mengunyah yang kuat sebenarnya boleh mengganggu. Ada orang yang sensitif dengan bunyi macam ni, boleh rasa rimas tanpa sebab. Bayangkan tengah makan sedap-sedap, tiba-tiba “soundtrack” dia bukan muzik tenang tapi bunyi kunyahan orang sebelah. Memang lain macam pengalaman dia.

Menariknya, adab ini sebenarnya ada contoh terbaik daripada Nabi Muhammad. Cara Baginda makan penuh dengan tertib. Makan perlahan, tidak gelojoh, ambil suapan sederhana dan kunyah makanan dengan baik sebelum menelan. Walaupun tidak disebut secara khusus kena tutup mulut, jelas bahawa adab makan yang diajar menekankan kesopanan dan menjaga perasaan orang lain.

Selain itu, ada juga sebab dari sudut kesihatan. Bila kita kunyah dengan mulut tertutup dan perlahan-lahan, makanan akan jadi lebih halus sebelum masuk ke perut. Proses penghadaman sebenarnya bermula dari mulut dan air liur membantu memecahkan makanan. Jadi bila kita kunyah elok-elok, perut tak perlu bekerja terlalu keras. Hasilnya, kurang risiko kembung, lebih selesa dan penyerapan nutrisi pun jadi lebih baik.

Sebaliknya, kalau kita makan laju dan kunyah ala kadar, memang perut yang terpaksa kerja lebih masa. Lepas makan pun rasa tak puas atau cepat lapar semula. Nampak macam benda kecil tapi kesannya besar untuk jangka panjang.

Dalam masa yang sama, adab ini juga melambangkan cara kita dibesarkan. Tak perlu bercakap banyak, cara makan pun dah cukup untuk orang nilai kita. Sama ada nampak tertib atau sebaliknya.

Realitinya, masih ramai yang ambil ringan perkara ini. Ada yang tak perasan, ada yang dah biasa dari kecil. Tapi sebenarnya, adab makan ni macam signal halus…kalau kita jaga, orang rasa selesa dengan kita. Kalau tak… orang mungkin diam tapi dalam hati dah mula rasa lain.

Jadi tak perlu jadi terlalu formal sampai makan pun rasa macam dalam majlis istana. Cukup ingat beberapa perkara asas iaitu ambil suapan sederhana, kunyah dengan mulut tertutup dan elakkan bercakap ketika mulut penuh.

Simple je….biar makanan yang “berbunyi sedap”, bukan kita.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.