Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengapasaja_master

10 Ayat Semanis Kurma Klien, Sebenarnya Red Flag Tahap Dewa

Ayat nampak baik tapi sebenarnya perangkap. Kalau klien cakap macam ni, hati-hati... silap langkah, kau yang rugi masa dan duit.
Sekali kau dah hidu ‘red flag‘ mohon jangan buang masa ya.

Kalau anda pernah buat freelance, bisnes kecil atau kerja dengan klien, satu benda anda akan belajar adalah bukan semua klien itu “rezeki”. Ada yang datang dengan peluang, ada juga yang datang dengan masalah… siap pakej lengkap.

Dan biasanya, sebelum masalah tu jadi realiti, dia akan bagi hint awal melalui ayat-ayat tertentu.

Masalahnya, ayat ni selalu bunyi manis. Tapi maksud di belakang dia… boleh buat kita menyesal.

Contoh klasik:
“Saya percaya je bro, tak payah agreement pun takpe.”
Nampak macam mudah, macam trust level tinggi. Tapi bila jadi isu nanti, kau yang tak ada bukti. Dia boleh pusing cerita, kau tak boleh buat apa.

Lepas tu ayat evergreen:
“Boleh bagi murah sikit? Saya ada banyak lagi job nanti.”
Ini janji masa depan yang paling kerap ghaib. Kau turunkan harga sekarang, tapi job yang dijanjikan tu… hilang macam tak pernah wujud.

Kemudian datang pula versi urgent:
“Saya nak cepat, boleh siap minggu depan?”
Bunyi macam cabaran tapi sebenarnya red flag expectation. Kalau tak capai, kau yang nampak tak perform walaupun timeline dari awal memang tak masuk akal.

Dan jangan lupa ayat paling famous dalam dunia design:
“Design tu saya tukar sikit je.”
“Sikit” bagi dia, ulang kerja 10 kali bagi kau. Dari minor adjustment, boleh jadi total redesign.

Dari segi bayaran pula, antara ayat yang patut buat kau terus pasang brake:
“Nanti saya bayar full bila siap.”
Kalau kau setuju, maknanya kau tanggung risiko penuh. Dia belum keluar duit, tapi kau dah keluar tenaga, masa dan kos.

Ada juga jenis yang suka “bakar line” awal-awal:
“Kontraktor sebelum ni semua tak okay.”
Kadang kita ingat dia mangsa. Tapi realitinya, mungkin dia sendiri yang jadi punca masalah.

Lebih jujur tapi tetap bahaya:
“Saya jenis cerewet sikit.”
Perkataan “sikit” tu sangat subjektif. Bagi dia sikit, bagi kau boleh jadi ujian tahap kesabaran maksimum.

Dan ini antara yang paling penat:
“Saya nak harga detail, breakdown semua… tapi belum confirm lagi.”
Kau buat quotation macam nak bentang proposal tender, hujung-hujung dia guna untuk compare dengan orang lain. Kau? Kerja free.

Paling bahaya ayat ini:
“Kita buat dulu, hal duit boleh bincang.”
Ini bukan projek. Ini perangkap. Bila duit belum jelas, semua benda lain akan jadi kabur.

Dan akhirnya… ayat yang konon paling “mulia”:
“Saya nak tolong orang Melayu.”
Ayat ni memang bunyi macam sokong komuniti. Tapi jangan keliru tolong bukan bermaksud kau kena rugi.

Dalam dunia kerja dengan klien, bukan semua ayat manis itu ikhlas. Kadang-kadang, red flag tu datang dalam bentuk ayat yang nampak baik.

Jadi penting untuk kita belajar kenal tanda awal.

Sebab dalam bisnes…
bukan semua client yang kita perlu kejar.
Ada yang lebih baik kita lepaskan sebelum dia sempat “buat hal”.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.