Dengar playlist penuh di sini
.

Kita selalu dengar kes ni.
“Tidur sekejap je dalam kereta…”
“Tutup mata 10 minit, tunggu reda penat…”
Tapi bila buka mata semula, ada yang tak bangun-bangun sampai sudah.
Dan setiap kali berlaku, ramai akan tanya soalan sama, kenapa boleh jadi macam tu?
Sebab dalam fikiran kita, kereta tu macam “tempat selamat sementara”. Aircond sejuk, tempat duduk selesa, pintu tutup, rasa macam boleh rehat sekejap tanpa risiko.
Hakikatnya, tak semudah itu.
Antara bahaya yang ramai tak nampak ialah gas karbon monoksida. Gas ini tak ada bau, tak ada rasa, tak ada amaran. Bila masuk dalam badan, ia menggantikan oksigen secara perlahan dan kita langsung tak sedar.
Sebab itu dalam sesetengah kes, mangsa nampak macam tidur biasa padahal badan mereka sedang kekurangan oksigen.
Ini antara ayat paling biasa kita dengar.
Kalau nak tidur juga dalam kereta, ada yang kata:
“Buka tingkap sikit, ok la tu…”
Dan ada juga yang lagi yakin:
“Enjin matikan, tingkap buka sikit, nanti panas bangun sendiri.”
Nampak macam logik. Tapi realitinya, tak boleh bergantung pada itu sebagai langkah selamat.
Matikan enjin memang langkah betul untuk kurangkan risiko gas. Tapi “buka tingkap sedikit” bukan jaminan keselamatan mutlak. Kalau ada kebocoran atau keadaan persekitaran yang tak sesuai, risiko masih ada.
Dan satu lagi perkara penting “rasa panas” bukan sistem alarm kita.
Bila terlalu penat, kita boleh tidur sangat lena. Ada orang langsung tak sedar walaupun keadaan tak selesa. Jadi kita tak boleh harap badan akan automatik bangun bila keadaan jadi tak selesa.
Sebab bila kereta bergerak:
Tapi bila kereta berhenti lama dan kita tidur, situasi berubah sepenuhnya.
Kita selalu fikir, “takkanlah jadi kat aku.”
Sampai satu hari, kita sendiri terkejut dengan apa yang berlaku.
Hakikatnya, kes macam ini jarang berlaku… tapi bila berlaku, dia tak bagi peluang kedua.
Kalau mengantuk..
Keluar. Rehat di tempat terbuka. Atau cari lokasi yang memang selamat untuk tidur.
Sebab dalam kes ini…
Rehat sekejap dalam kereta boleh jadi sesuatu yang kita tak sempat bangun semula untuk ingat apa pun.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.