Komuniti Digital Dewasa
00%

Komuniti Digital Dewasa

Cari

Dengar playlist penuh di sini

.

logo_gengapasaja_master

Makan Seorang, Tengok Wayang Seorang Pun Kena ‘Judge’ Ke?

Orang nampak kita sorang-sorang terus rasa kesian. Padahal kita tengah menikmati hidup dengan cara paling tenang.

Mesti ramai pernah rasa benda ni.

Bila makan seorang diri di restoran, mula rasa tak selesa. Takut orang pandang pelik. Takut orang fikir kita lonely, tak ada kawan atau mungkin tengah sedih dengan hidup sendiri.

Lepas tu bila tengok wayang seorang diri pula, terus muncul suara kecil dalam kepala…

“Kenapalah sedih sangat hidup aku ni?”

Hakikatnya, kenapa kita perlu rasa begitu?

Hari ini ramai sebenarnya terlalu takut untuk dilihat bersendirian. Sampai kadang-kadang kita sanggup tunggu orang teman semata-mata nak makan di tempat tertentu atau tengok movie yang kita nak sangat tengok.

Padahal… tak salah pun buat semua itu sendiri.

Kadang-kadang kita lupa, menikmati masa dengan diri sendiri juga satu bentuk kebahagiaan.

Ada orang memang bahagia bila ditemani pasangan, keluarga atau kawan-kawan. Itu bagus. Tapi ada juga ketenangan yang datang bila kita duduk sendiri, makan tanpa tergesa-gesa, fikir tentang hidu atau sekadar menikmati suasana tanpa perlu melayan sesiapa.

Dan sebenarnya, bila kita mula selesa dengan diri sendiri… banyak benda dalam hidup jadi lebih tenang.

Bayangkan situasi ini.

Kita duduk makan seorang diri. Sekeliling penuh dengan keluarga, pasangan dan geng kawan-kawan. Tiba-tiba ada orang tegur,

“Eh, makan sorang je? Kesiannya…”

Kita pula cuma senyum.

Kenapa perlu kesian?

Bukannya kita dibuang keluarga. Bukannya kita tak ada kawan. Kita cuma sedang menikmati me time dengan diri sendiri.

Itu sahaja.

Kadang-kadang masyarakat terlalu terbiasa mengaitkan kebahagiaan dengan ada orang di sisi. Sampai bila nampak seseorang bersendirian, terus anggap hidup dia sunyi.

Sedangkan tak semua orang yang ramai teman itu benar-benar bahagia.

Dan tak semua yang bersendirian itu kesunyian.

Ada orang yang makan seorang diri sebab dia penat bersosial. Ada yang memang suka ketenangan. Ada yang mahu berehat daripada dunia yang terlalu bising. Dan ada juga yang sekadar nak menikmati hidup tanpa perlu bergantung pada sesiapa.

Lepas makan, pergi pula tengok wayang seorang diri.

Dan ya… sebenarnya seronok.

Tak perlu tunggu orang pilih seat. Tak perlu bincang nak tengok cerita apa. Tak perlu fikir orang lain nak makan popcorn caramel atau salted. Semua keputusan ikut kita sendiri.

Kadang-kadang itulah nikmat kecil yang ramai tak sedar.

Masalahnya, kita terlalu sibuk fikir apa orang akan judge tentang kita.

“Nanti orang ingat aku lonely.

“Nanti orang kesian kat aku.”

“Nanti nampak macam tak ada kehidupan.”

Padahal hakikat sebenar ialah… orang lain tak fikir pun selama mana yang kita sangka.

Dan kalau ada yang judge sekalipun, itu masalah mereka, bukan kita.

Satu perkara yang ramai belajar bila semakin dewasa ialah antara nikmat hidup paling indah adalah apabila kita masih mampu menikmati hidup walaupun melakukannya seorang diri.

Kerana bila kita terlalu bergantung pada orang lain untuk rasa bahagia, kita akan sentiasa kecewa bila tiada siapa bersama kita.

Tapi bila kita dah belajar menghargai diri sendiri, duduk sendiri pun tak terasa kosong.

Malah kadang-kadang… paling tenang.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat yang tidak tepat atau memerlukan pembetulan, sila maklumkan kepada kami di hello@thegeng.my.